20 October 2010

. : " I'm 16 and I'm Married "


pada korang la kan..
pelik x tajuk post nie?
maybe x pelik la kan
kalau kita skang ada kat zaman tok moyang kita
zaman dulu..
umur 12 tahun pun da dikawenkan
 nie zaman moden..
ada ke budak2 nak kawen umur camtu?
 kalau aku la kan..
if aku cakap ngan parents aku nak kawen skang jugak
 dapat penampar free kut..? ihihi..

tapi aku cukup respect dengan mereka nie :






eceh, puan oke!
mereka berdua nie baru 16 tahun
percaya x? 
kalau dengan aku..
kira pangkat adik la diorang nie
dalam usia yg macam nie
dah pun jadi anak, pelajar, isteri dan bakal ibu
sape yg rasa nak tau pasal diorang nie..
bole la klik link blog mereka kat atas nie yea!

tibe2 teringat plak kata2 Encik Boyfie :

" ala, pempuan memang suka kawen awal. "

mula2 cam nak marah aje bila dia cakap camtu
apsal pulak pempuan je??

MySpace

tapi nasib baik la dia gurau je kann..
dia cakap lagi :

" tau x kenape? sebab jodoh diorang da sampai :) "

haa.. yela, bila plak turn kita kan? haha!

ada baiknya nikah awal nie..
at least kat luar tu kurang la kes fitnah + buang baby
kesian la kan kalau baby yg comel tu dibuang?

kalau aku la kan..
memang x ready lagi la nak tanggung responsibility tu semua
tapi jodoh pertemuan semua tu kan kat tangan Tuhan
mama aku pun selalu tanya,
yg mana satu lelaki kesayangan aku sekarang?
ehe! sabar la dulu ma..
jodoh tu ada :)

tapi kadang2 aku tengok manusia nie..
memang ramai yg tamak
selalu nak sesuatu yg bukan hak dia
sebab tu ada istilah 'curang' kat dalam dunia nie..


buat Puan Ema dan Puan Ifa :

selamat menjalani hidup baru bersama suami terchenta..
be a good wife and loving mother oke!

MySpace



17 October 2010

. : Diet Rasulullah S.A.W




Ada sedikit ilmu yg ingin dikongsi bersama dengan kawan2 semua . .

Rupa-rupanya tanpa kita sedar , dalam makanan yg kita makan sehari2 , kita tak boleh main balun aje . Sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis , lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti . Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain-lainnya .

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga . Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2 . Apa kata kita ikut diet nie? Tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus . Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah . Gerenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan .

  • Jangan makan SUSU + DAGING
  • Jangan makan DAGING + IKAN
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makan BUAH + SUSU  (cocktail etc.) 



 
  1. JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI . 
  2. TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI .
  3. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN  MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA .

 
nampak memanglah pelik...
tapi, kalau tak percaya cuba la !
ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie..
tapi berkesan bila kita sudah tua nanti.


 
P/S : Sampaikan walau sepatah .


14 October 2010

. : Taktik Merogol Paling Keji



Berlaku di KL baru-baru ini. . Cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol . Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa . Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak-agak dekat malam juga . Dia terserempak dengan seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan . Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia sorang-sorang petang-petang begini . Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya . Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya . Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa-apa terus bawa budak tu ke alamat berkenaan . Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu . Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi .


Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang . Kondom ada di merata-rata dengan air mani berhamburan . Tak kurang 20 kondom semuanya . Dia langsung tak mengenali penyerangnya . Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya . Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


Hantarlah kepada rakan-rakan anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan-rakan anda yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adik-adik , kakak-kakak & ibu mereka . Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri .






P/S : Wahai lelaki, perempuan itu perlu dijaga, dihormati, dilindungi .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...