26 October 2010

. : Beware Girls !!



Sumber Dari Seorang Kawan:

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal . Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu . Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya . Dengan penuh gaya , seorang encik polis datang ke arah saya.

"Selamat pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi.." jawab saya, dengan nada yang terkejut.

Tahu yang saya nampak panik, encik polis tu tersenyum sambil berkata :

"Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?"

"Errr.. ya, saya sorang je . Apahal Encik..?"

"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja . Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma.. macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh.. berlaku kepada wanita . Orang-orang yang
tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak menggana
s".

"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita . Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta . Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita . Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa .Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung ni".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu .Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik".

kata encik polis itu lagi sebelum berlalu .


"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat .


Err... . betul jugak . Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma . Sebelum ni tak ada pulak . Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya . Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya . Kena duduk kat rumah aje .

Moral of the story :
 

Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah! Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI . Tolong sebarkan kepada yang tersayang .




P/S : nak tak kereta camnie ?








24 October 2010

. : Surat Daripada Seorang Lelaki Kepada Future Wife(s) Beliau



Kehadapan my future wife(s)


I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.


So, wahai my future wife(s)


I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.


I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.


Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?


Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.


My future wife(s),


I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.


Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.


Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.


My future wife (s),


You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.


Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?


I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.


Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.





P/S : nak dapat pasangan yang baik, kita pun kena la baik jugak laa . yea tak ? :D


20 October 2010

. : " I'm 16 and I'm Married "


pada korang la kan..
pelik x tajuk post nie?
maybe x pelik la kan
kalau kita skang ada kat zaman tok moyang kita
zaman dulu..
umur 12 tahun pun da dikawenkan
 nie zaman moden..
ada ke budak2 nak kawen umur camtu?
 kalau aku la kan..
if aku cakap ngan parents aku nak kawen skang jugak
 dapat penampar free kut..? ihihi..

tapi aku cukup respect dengan mereka nie :






eceh, puan oke!
mereka berdua nie baru 16 tahun
percaya x? 
kalau dengan aku..
kira pangkat adik la diorang nie
dalam usia yg macam nie
dah pun jadi anak, pelajar, isteri dan bakal ibu
sape yg rasa nak tau pasal diorang nie..
bole la klik link blog mereka kat atas nie yea!

tibe2 teringat plak kata2 Encik Boyfie :

" ala, pempuan memang suka kawen awal. "

mula2 cam nak marah aje bila dia cakap camtu
apsal pulak pempuan je??

MySpace

tapi nasib baik la dia gurau je kann..
dia cakap lagi :

" tau x kenape? sebab jodoh diorang da sampai :) "

haa.. yela, bila plak turn kita kan? haha!

ada baiknya nikah awal nie..
at least kat luar tu kurang la kes fitnah + buang baby
kesian la kan kalau baby yg comel tu dibuang?

kalau aku la kan..
memang x ready lagi la nak tanggung responsibility tu semua
tapi jodoh pertemuan semua tu kan kat tangan Tuhan
mama aku pun selalu tanya,
yg mana satu lelaki kesayangan aku sekarang?
ehe! sabar la dulu ma..
jodoh tu ada :)

tapi kadang2 aku tengok manusia nie..
memang ramai yg tamak
selalu nak sesuatu yg bukan hak dia
sebab tu ada istilah 'curang' kat dalam dunia nie..


buat Puan Ema dan Puan Ifa :

selamat menjalani hidup baru bersama suami terchenta..
be a good wife and loving mother oke!

MySpace



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...