Showing posts with label Mati. Show all posts
Showing posts with label Mati. Show all posts

26 November 2010

. : Saya Sayang Awak . . Baca Tau ?



Saya sayang awak.. tapi betul ke saya sayang awak ? Awak sayang saya ke ? Kalau sayang , nape awak pegang tangan saya ? Awak nak tengok rambut saya , nak hug saya , nak saya pakai seksi2.. memang la awak tak kasi boy lain tengok saya pakai seksi.. tapi awak tak halal lagi untuk saya kan ? Saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak ?


Saya sayang awak.. betul , tak tipu.. tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai ? Saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak . Saya lupa solat, saya lupa dosa.. saya lupa Tuhan.. takut la..


Betul awak.. saya sayang awak.. tapi saya takut sangat nak sayang awak.. awak baik, selalu solat awal.. tapi kenapa bila dengan saya awak lupa solat ? Masa keluar , kita lalu je depan masjid , tak pernah stop.. tapi kt tempat tak ada orang, kita stop . Beratus duit awak habis untuk saya kan ? Saya hargai sangat.. saya tau awak sayang saya.. tapi kenapa awak tak simpan duit tu dulu.. kot2 ada jodoh , boleh kita kawin . Awak.. saya takut.. takut sangat.. takut bila ingat apa yang kita dah buat . Saya nak awak jadi halal untuk saya.. tapi tak boleh la sekarang.. macam mana awak nak tanggung saya ? Kita belajar lagi . Saya nak hidup dengan awak . Saya nak awak jadi imam saya . Nak sangat share everything dengan awak . Saya nak jadi kekasih halal awak.. tapi betul ke cara kita awak ? Saya takut laa.. 


Awak.. saya nak bersama dengan awak forever kat heaven.. tapi layak ke kita pergi heaven kalau kita macam nie ? Macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi.. tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua2 sekali.. boleh ke kita pergi heaven kalau Dia panggil kita sekarang ? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awk, apa saya nak jawab nanti.. saya malu sangat kat Dia..


Awak.. lama saya fikir.. saya fikir pasal kita . Betul saya sayang awak.. tapi, sampai bila kita nak macam nie ? Saya dah fikir lama.. lepas ni , kalau saya tak mesej awk , tak nak jumpa awak , tak nak call awak , tak nak vc , mms or wc , awak jgn salah faham tau..? saya buat camtu sebab saya sayang awk sangat2.. saya nak forever kat syurga dengan awak.. dulu saya sedih sebab kita jauh.. tapi skarang , saya bersyukur sangat.. Tuhan sayang kita.. kalau dekat, awak boleh agak kan apa kita buat nanti ?


Saya tak tau macam mana nak bagitau awak.. saya nak jaga hati awak , tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak . Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya . Saya suka buat awak cair dengan saya.. jahatnya saya . Awak , saya banyak dosa.. awak nak ke terima orang macam saya jadi wife awak ? Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak.. saya nak jadi the best wife . Baru la awak tak pandang orang lain dah . Saya tak nak susahkan awak dengan saya yang mcm ni . Saya nak jadi bidadari awak . Bukan kat dunia je , tapi kat heaven jugak.. saya nak jadi bidadari awak forever..


Awak.. saya tahu saya tak baik . Banyak sangat kurang dan tak layak nak tegur salah awak.. tapi saya sayang awak . Apa kita buat , bukan ada orang tahu.. siapa lagi nak tegur awak kalau bukan saya ? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. tak nak ke ? Takkan la awak sayang saya untuk hepi2 kat dunia ni aje.. awak tak nak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti ? Awak.. tolong lah.. saya tak nak dah jumpa awak.. tapi mungkin saya lalai jugak nanti . Syaitan selalu ada dengan saya.. suka je dia kalau saya keluar dengan awak , goda awak.. awak.. tolong la ingat kan saya jugak bila saya lupa . Tolong yea..? Saya lemah sangat.. saya nak jadi kuat untuk awak.. untuk hidup dengan awak .


Saya sayang awak.. macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita before kita sempat bertaubat ? Takutnya saya.. awak tak takut ke ? Macam mana kita nak pergi syurga ? Macam mana saya nak jadi bidadari awak ? Saya nak sangat cinta ni kerana Dia.. tapi dengan apa yang kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita ? Malu sangat kat Dia.. awak , saya nak berubah.. untuk diri saya jugak , untuk parents saya.. tapi , kalau saya berubah , awak still terima saya lagi kan ? Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak , untuk babies kita nanti , nak jadi mom yg the best.. tinggi betul cita2 saya . Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. nak sama2 berjaya , tapi educated yang taat padaNya la.. mesti bahagia kan ? Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita.. so, boleh la Dia jaga kita nanti..


Awak , kalau la saya pergi dulu.. saya nak tunggu awak kat syurga tau ? Awak doakan la saya biar boleh masuk syurga.. saya nak jadi bidadari yang tunggu awak.. i'll be yours forever.. tapi , kalau awak pergi dulu ? Ya.. saya sedih , tapi saya pun akan doakan awak.. insyaAllah.. nanti awak tunggu la saya kat sana . Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. tapi, simpan la satu tempat untuk saya ? Saya nak jadi bidadari awak..


Awak.. maaf kan saya kalau apa yang saya buat dan bagitau ni mengguris hati awak . Saya buat macam nie sebab saya sayang awak . Saya tak tau macam mana nak bagitau awak.. sebab tu saya taip kat sini.. maaf sebab saya post kat sini.. bukan nak bukak keburukan sendiri.. at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan . Ramai kat luar sana kapel then buat macam2.. saya takut nak post kat awak.. tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni . Awak.. dah nak subuh la . Kejap lagi mesti Dia panggil saya.. ingat tau , SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY AND INFINITY.. dan saya tunggu awak jemput saya sebagai yang halal untuk awak nanti ok ?





credit to Nur Layyin

 

21 November 2010

. : Soalan Maut




Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air . Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama , kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya . Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai .

Pemuda  : Anda siapa ? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya ?

Kiyai      : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda .

Pemuda : Anda yakin ? Sedangkan profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya .

Kiyai     : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan :

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya .


2. Apakah yang dinamakan takdir .

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan . Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras .

Pemuda   : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Kiyai      : Saya tidak marah . Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda   : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti .

Kiyai       : Bagaimana rasanya tamparan saya ?

Pemuda   : Tentu saja saya merasakan sakit .

Kiyai       : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada ?

Pemuda   : Ya !

Kiyai       : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu !

Pemuda  : Saya tidak boleh.

Kiyai      : Itulah jawapan pertanyaan pertama.. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya . Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya ?

Pemuda  : Tidak .

Kiyai      : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini ?

Pemuda  : Tidak .

Kiyai     : Itulah yang dinamakan takdir . Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda ?

Pemuda : Kulit .

Kiyai     : Terbuat dari apa pipi anda ?

Pemuda : Kulit .

Kiyai     : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit .

Kiyai     : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api , jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan .




P/S : Silakan share jika suka :)


16 November 2010

. : Temuduga Tertutup


 
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN :

a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a) :

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN
:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat.Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA
:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR
:

1.Siapa Tuhan anda?

2.Apa Agama anda?

3.Siapa Nabi anda?

4.Apa Kitab anda?

5.Di mana Kiblat anda?

6.Siapa Saudara anda?



CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:


Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasullah SAW:Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu:Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.

Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki) ! 


Wallahu-a'lam.











09 April 2010

. : Sukarnya Melupakan..





Biar dalam bentuk apa pun jua perpisahan itu. Sama ada kita yang meninggalkan atau mereka yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang tercipta tidak mungkin terkubur begitu sahaja. Biar apa pun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit, manis, suka ataupun duka insan-insan ini akan tetap diingati. Ada ketikanya rindu itu datang juga. Dalam bentuk yang pelbagai. Dan rindu yang hadir itu tidaklah begitu mudah disingkirkan. Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walaupun jauh mana mengasingkan diri, kenangan-kenangan itu tetap bersemadi di dalam hati. Bukannya tidak mencuba. Sebaliknya sudah sehabis daya. Namun rindu itu seringkali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita berteman si air mata. Sayu dalam hati hanya Dia yang tahu. Dia yang Maha Mengetahui segalanya.



Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebat kita melupakan, kenangan itu tetap memburu. Menjadikan kita insan yang kadangkala hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan. Kita jadi nanar dalam perasaan yang satu ini. Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua. Seakan mahu menjerit pada alam. Bawalah aku jauh. Jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam yang menyakitkan ini. Berilah aku ruang untuk bernafas kembali. dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi. Menangis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.



Perpisahan dalam bentuk apa pun jua selalunya terjadi tanpa sempat diduga oleh akal. Dan pada waktu itu tidaklah sempat menyediakan diri dalam bentuk apa sekali pun. Perpisahan sama ada yang hidup atau yang perginya tidak kembali, tidak dapat tidak, pasti saja menyebabkan kita mengalirkan air mata. Hatta si jejaka hebat sekalipun boleh menitiskan mutiara jernih itu. Hebat sungguh penangan sebuah perpisahan. Puas diseka air mata yang tumpah kala menadah tangan memohon kekuatan dari Dia, namun air mata itu tumpah jua. Penuh khusyuk memohon supaya diizinkan untuk mengusir bayangan wajahnya jauh dari kotak fikiran. Bermohon supaya diberi kekuatan untuk meneruskan hari esok dan lusa dengan penuh rasa bahagia. Bermohon tanpa henti. Bermohon dan bermohon semoga ditemukan sinar di hujung penantian. Namun jalan masih kelam. Walau dikumpul seribu kekuatan, jasad sudah tidak bermaya lagi. Dan pada waktu kita sebenarnya sudah mati sebelum mati.



Peritnya perpisahan. Namun masih ramai juga yang memilih untuk berpisah. Masih ramai lagi yang memilih untuk tidak lagi bersama dia, mereka yang dianggap teman atau saudara sehidup semati. Mengapa jadi begini? Tidak takutkah untuk mengharungi hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran insan yg disayangi? Jangan ajukan soalan yang sama. Kerana manusia terlalu lemah hatinya. Menjadi lesu melawan perasaaan sendiri. Hakikatnya berpisah itu kadangkala lebih baik dari bersama. Bila sudah tiada keserasian antara akal dan hati pada dua jiwa, maka berpisah adalah jalan terbaik.



Mereka mahu membenci. Tapi belum pun perasaan itu bermula, mereka sudah lelah menanggungnya. Itu yang benar. Lebih mudah memupuk rasa sayang pada seseorang dari mahu membenci. Kerana dengan benci akan menjadikan manusia yang tidak berperikemanusian pada manusia lain. Ia hanya menjadikan manusia hilang sifat manusianya. Membuat keputusan merupakan perkara yang paling sukar dalam hidup. Mudahlah kiranya membuat keputusan yang tidak melibatkan hati sesiapa. Biar diri sendiri saja yang terluka. Biar diri sendiri saja yang menangis. Biar diri sendiri saja yang menyesal. Tidak sekali-kali mahu melibatkan orang-orang lain yang terpenting dalam hidup. Malangnya lebih banyak keputusan dalam hidup yang bakal melibatkan banyak orang. Pasti banyak hati yang kecewa. Perit sudah pasti.



Mudahnya menjadi anak kecil. Tiada apa yang perlu difikirkan. Segalanya diuruskan. Pun begitu, setiap dari kita menjadi dewasa juga. Menjadi dewasa dengan cara dan keadaan yang tersendiri. kadangkala kita tidaklah memilih untuk menjadi siapa kita hari ini. Dan siapapun kita hari ini usahlah takdir yang harus dipersalahkan. Kita membentuk masa depan dengan doa dan harapan. Dan seandainya doa dan harapan yang kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yang kita mahukan, kita masih lagi belum jauh tersesat. Sebaliknya selagi kita bernyawa, Dia sedang memberi peluang untuk kita membetulkan apa jua yang dinamakan kesilapan. Membuat kesilapan tidaklah membuatkan kita manusia yang cacat pemikirannya. Sebaliknya dengan kesilapan-kesilapan yang dilakukan, boleh menjadikan kita manusia yang tahu menghargai hidup dalam erti hidup yang sebenar. Belajarlah bersyukur untuk setiap musibah yang menimpa. Atas rasa yakin dan percaya itulah, diri dapat merasakan yang kehadirannya lewat musim itu ada hikmahnya. Dan dia merupakan cerita terindah sepanjang kedewasaan ini.

Noktah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...