07 April 2011

. : Jom Tengok Keajaiban Air !




Air boleh dipengaruhi oleh kata-kata kita ? Seorang saintis Jepun , Dr. Masaru Emoto percayakan ini dan dia ada bukti .



Nie la rupa Dr. Emoto tersebut .



Dr. Emoto telah mengambil beberapa titisan air dan membiarkan titisan-titisan air tersebut terdedah kepada berbagai jenis perkataan , muzik dan persekitaran dan seterusnya membekukan titisan air tersebut selama tiga jam . Beliau mendapati kristal telah terbentuk di bawah mikroskop dan beliau telah mengambil beberapa keping gambar .


Hasilnya ? Sangat menakjubkan .




Ini adalah gambar air biasa tanpa sebarang ucapan doa dibacakan ke atasnya . Struktur molekulnya nampak macam kucar-kacir je kan ?




Yang nie pulak lepas dibacakan doa . Serius cantik ! Inilah antara sebab kita digalakkan baca doa dulu sebelum makan . Okay , next !




Dr. Emoto juga telah mendedahkan titisan air tersebut kepada muzik Heavy Metal . Inilah rupa air tersebut . Nampak serabut + sedih *kalau ikut pendapat aku laa* .






Yang kat atas nie pulak gambar air yang didedahkan dengan muzik klasik dan muzik 'Folk Dance' . Nampak macam lebih elok sikit daripada yang tadi kan ?




Dr. Emoto cuma meletakkan sehelai kertas yang bertulis : " You make me sick . I will kill you . " Inilah rupa air tesebut bila dilihat di bawah mikroskop .




Yang nie bila diletakkan perkataan 'Love' pulak . Perbezaan yang sangat menarik !




Yang nie pulak gambar air tercemar . .



Molekul air dari Lourdes , France . Huh ! Tak tergambar dengan kata-kata cantiknya kan ?



EH , tunggu kejap ! Bukan ke badan kita nie terdiri daripada air ? Yea ! 72% daripada badan kita terdiri daripada air . Cuba bayangkan macam mana kata-kata mempengaruhi badan kita . Bila kita kata , "Aku cuma seorang yang gagal" , atau "Aku dah tak ada harapan" , atau "Aku tak akan sembuh" . Jadi , bayangkan la macam mana kata-kata tu melemahkan kesihatan kita ?


Buatlah pilihan dengan selalu mengeluarkan kata-kata yang baik . Katakan , "Aku seorang yang hebat !"


Tapi eksperimen ini bukanlah semata-mata mengenai air .


Dr. Emoto juga menjalankan eksperimen menggunakan nasi yang telah dimasak . Dia telah meletakkan satu cawan nasi di dalam dua buah bekas yang kedap udara . Pada salah satu bekas , dia telah menulis "I love you" dan "You fool" pada salah satunya lagi . Setiap hari selama 30 hari , Dr. Emoto telah mengeluarkan kata-kata yang sama pada setiap bekas tersebut .


Selepas 30 hari , nasi yang bertulis "I love you" pada bekasnya masih berwarna putih manakala yang bertulis "You fool" telah menjadi hitam dan rosak . Err , ada siapa-siapa yang boleh terangkan pasal nie ?





P/S : Masa aku kecik-kecik , mama selalu ajar aku baca doa sebelum makan . Sekarang aku sedar yang baca doa selepas makan pun boleh menyebabkan transformasi terhadap molekul makanan yang yang aku makan . Kesannya rezeki tersebut lebih diberkati . Yap ! Itulah sebabnya jugak kita selalu mengucapkan "Selamat Hari Lahir" atau "Selamat Ulang Tahun" kepada semua orang . So , BE BLESSED everyone ! :)



02 April 2011

. : Art Market UiTM Kuala Terengganu 2011




Sedar tak sedar dah 4 bulan aku belajar kat sini . Kali nie aku nak update sikit pasal UiTM nie . Setelah berhabis duit yang banyak , akhirnya Art Market nie berjalan jugak seperti yang dirancang . Duhh , penat jangan cerita . Rasa macam 3 hari jugak tak tidur kot ? Haha . By the way , aku rasa fun jugak even penat . Thanks to all ! :)



Aku dan orang kuat Group B . Haha :P

Fazil The Designer

Me & Fara ^^

Jijie !! :D

Klip katon-katon cumill .

Sketch books designed by me & Fazil

Couple flowers .



Handmade bookmarks :)

Brooch antoo .

Stickers .

An artwork  by a senior .

Potrait drawing service .







Tie & Dye Tee's by textiles' student .



Keychains .

The Boys .

Tak lupa jugak Sir Yus yang kachak ! XD



31 March 2011

. : Fenomena Simbol Pelik ?



Korang dah tau pasal nie ?











Macam-macam rumors aku dah baca . I just like.. wudehell ?! Ada yang cakap tiba-tiba simbol tu keluar kat lappy skrin selama 5 saat lepas tu hilang . Ada yang dapat dalam inbox handphone tapi tiba-tiba mesej tu hilang jugak . TV pun ada , tapi aku tak tau la sebab aku jarang tengok TV . Kat tempat pelik-pelik banyak la benda-benda gini , stone hedge ke hape . Aku lufe plak .Tak kurang jugak yang keluar kat newspaper hari nie :














Gimik apa nie semua ? Dari research yang aku buat tadi , mungkin ada beberapa sebab :



  • April Fool semata-mata .
  • Ramalan tentang Bio War yang akan meletus pada 11 September 2011 (seperti yang kononnya diramal oleh mamat Illuminati nie)
  • Petanda alien sukakan Malaysia (ala-ala cerita Battle of Los Angeles tu) .
  • Teknik marketing untuk filem hebat tahun ini , The Infection . Mungkin ?
  • Photoshop saje-saje . Bagi takut .









Dialog hantu Kak Limah:


  1. Ni mesti kaki DVD ni .
  2. Nampak sangat menipu .


P/S : Aku baru layan movie World Invasion : Battle Los Angeles . Terbaik ouh !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...