Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

18 December 2011

. : Suatu Makhluk Aneh



Turutan kejadian secara kronologikal :
  1. Lepak bersama bestie aku Fazil di hari minggu untuk bergosip .
  2. Secara tiba-tiba makhluk aneh itu datang dengan muka suci .
  3. Didapati dia suka mencakar bila disentuh , jadi kami biarkan saja .
  4. Sedang kami sibuk ber-online , terasa sesuatu yang aneh di sebelah aku.
  5. Aku terpandangkan akan beg aku yang tidak dizip .
  6. Rujuk gambar-gambar di bawah untuk penjelasan cerita selanjutnya .



Lokasi kejadian : Gazebo depan HEP , UiTM Kuala Terengganu .























Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menzipkan beg tersebut dan mengangkatnya untuk dibawa pulang walaupun makhluk ini agak berat disebabkan kegemukan yang berlebihan *ok ini jangan percaya* .



14 October 2011

. : Saya Suka Belajar , Awak ?



Hey hey bloggie :)


Lama sudah tak menulis di sini . Terdiam seketika . Terkial-kial mencari ayat pemula . FYI tak ada gangguan malam nie , Encik Soulmate pun sibuk bekerja so ambil masa kejap untuk bermanja-manja dengan blog . Lama dah aku tak jenguk . Tengok-tengok dah ada 193 followers ? Hehe ! Aku tak update blog pun korang follow jugak yea ? Terima kasih , sayang korang :)



Cuti semester sekarang , untuk diploma . Next semester aku baru nak masuk semester 3 . Hmm , kawan-kawan yang sebaya aku , ramai dah pergi degree . Yang diploma pun dah grad . Korang mesti pelik kenapa aku lambat kan ? HEE . Itulah ! Dulu orang semua nak pergi sambung belajar , kau pun nak pergi . Tak fikir dulu apa yang kau minat . Tengok ? Kan dah orang panggil kau 'Kak Nazz' dalam kelas . GRRR . In fact, I'm still missing my besties in UiTM Segamat . Dulu aku nekad nak quit pun sebab kau lah , Computer Science ! I don't have any idea why I took that course . HAHA . Dah lah nama fakulti pun 'Faculty of Computer Science and Mathematics' . MATHS ?! Come on Nazz , you hate maths , right ? Haha :D



Does this scare you ?


Dan sebab utama aku belajar di Kuala Terengganu sekarang pun sebab Encik Soulmate aku tuhh . Dia yang insist aku untuk belajar Art masa aku tengah down dulu . Thanks dear ! Korang boleh baca kat sini [KLIK] kalau nak tau lebih lagi . Mama pun kadang-kadang perli aku jugak . 


"Kau tu melukis je tau . Lepas tu main kamera . Cuba kau tengok anak bla, bla, bla... jadi doktor, nurse, lawyer..."


Hehe . Kelakar . Itu yang buat aku selalu fikir , kalau semua orang kat dunia ni bekerja ikut kebolehan atau bakat masing-masing . Bukan ke tu seronok ? Tak perlu nak repeat subjek banyak-banyak kali sebab kau memang tak minat . Itu adalah sangat buang masa okey ? Banyak lagi benda yang kau boleh buat . Kalau aku ada anak pun kan , aku tanya dia dulu , dia nak jadi apa ? Apa yang dia suka nak buat ? Apa minat dia ? Sebab seorang individu tu akan lebih berjaya kalau dia pandai guna kelebihan dia dalam karier . Kalau dalam akademik pun , kau pun boleh dapat CGPA cantik apa kalau kau pun suka nak belajar apa yang kau belajar tu ?


Honestly , even aku belajar Art sekarang , ada jugak kawan aku yang memang tak ambil kisah apa dia belajar . Sebab dia tak minat . Dan ada jugak kawan aku yang terpaksa ambil course engineering sebab parents yang suruh , walaupun pada aku dia sangat-sangat talented dalam seni . Mungkin budak-budak kelas aku pun belum capai tahap macam dia even dia tak ada Art Education langsung . Pada aku , tak seronok pun belajar kalau macam tu . Kadang-kadang aku tengok parents zaman sekarang ni selalu tak perasan bakat yang anak diorang ada . Mesti kena ikut cakap diorang jugak anak diorang nak jadi apa . What a waste ! -_-"


Beruntungnya aku sekarang sebab ada kat landasan yang betul . Semua subjek pun aku suka . Alhamdulillah , carry mark pun banyak yang tinggi . Lecturers pun dah mula perasan skill dengan kebolehan aku . Buat aku makin semangat bila belajar . Dah tak macam dulu . Lecturer mengajar , aku pegi main MS Paint lepas tu melukis pakai mouse . Hehe . Memang , belajar Grafik ni memang kena banyak explore sendiri . Lecturer cuma tunjuk sikit-sikit je , then pandai-pandai kau lah nak lukis/design . Sebab tu lah kena ada minat . Dan sangatlah seronok yea menjadi lecturer Art and Design sebab tak payah banyak bercakap ! Hehe .


Tapi hidup aku ni taklah semudah mana . Masa laptop aku rosak dulu , aku dah fikir nak extend satu semester pasal aku tak ada duit dah nak beli baru . Kalau betulkan pun confirm jahanam balik punya larhh . 


Lucky I have you, Mr Soulmate :) 


Macam tak percaya jugak bila dia pergi ATM then bayarkan laptop baru untuk aku semata-mata tak nak aku extend . Serius , tersentuh gilaa :')





" Nak tau tak kenapa Ben suka Ira? Ada dua sebab. "


" Kenapa? "


" Sebab Ira pandai lukis, then Ira giler kat kucing. "


" HAHA! Itu pun boleh yea? "




Tersenyum sorang-sorang bila teringat balik ayat dia ni .



HEY, awak yang tengah baca tu , saya janji jaga laptop nie baik-baik yea ! Terima kasih jugak sebab selalu sabar melayan kerenah saya yang separa matang ini . Hee . I love you <3



28 June 2011

. : Happy Besarday Cik Kucing !




Okay , freaking busy kat sini . Internet pun sangat lambat . Membuatkan aku cukup meluat untuk berblogging secara tegar lagi . Tapi hari nie dapat jugak aku curi-curi masa nak update . Terima kasih Encik Broadbengg ^^




24 Jun 2010 . Hari Jumaat . Seperti biasa hari cuti di negeri Terengganu . Pagi yang rasa macam malas gila nak mandi . Aku tak tahu la kenapa . Mungkin masih sejuk . Miki pun seakan-akan masih minta dipeluk . Tersenyum sorang-sorang pulak teringat Encik Ben malam tadi . Haishh . Thanks for everything sayang . First time masa birthday saya , saya ada awak :)



Hari cuti . Hari yang bosan lagi . On facebook laa , wahh . Penat la pulak nak reply dekat 300 post kat wall . Hehe . Gila rajin kan aku reply satu-satu ? Aku memang macam nie . Even beribu pun aku tetap jugak reply sebab aku appreciate kawan-kawan aku yang wish . Setahun sekali je , tak apa laa . Even diorang wish sebab ada reminder kat tepi tu . Hehe !



Inilah Cik Nazira yang semakin menjadi bualan hangat tersebut . CEHH !



Lapar la plak . Apa lagi . Makan megi ah ! Malas nak turun bawah sorang-sorang . Aihh, birthday girl makan megi je ? Hehe . Kalau kat umah , mesti mama da kish wish happy birthday . Then makan kat luar . Antara faktor aku tak suka cuti - membuatkan aku makin malas + malas turun makan . Aku biasa keluar kalau ada orang ajak je . Apa aku buat siang hari tu ? Online + tengok movie + melukis . Semuanya sorang-sorang . Nak edit gambar-gambar yang aku dah shoot , skrin laptop aku tak berapa elok . Tunggu masa untuk ditongsampahkan .



Aku dah tak ada hati nak repair . Aku cuma nak baru . Dah la jadi graphic student , memang tak sepatutnya laptop aku berkeadaan begini . Serius aku sangat-sangat memerlukan yang baru . Err, sempena birthday aku nie tak ada ke yang sudi sedekah aku laptop baru ? *buat muka kucing*







Shera pulak masuk bilik .

" Kau nak keluar tak malam nie ? "

" Bole jugak . Lapar laa aku makan megi je ."

" Okey pukul 8 tau . Dengan Amir and Putra je kot. "


Okey la , at least malam aku tak bosan . Keluar dengan diorang nie . Tenkiu Shera sebab belanja aku pizza ! Excited aku sebab dah lama tak celebrate birthday . Hehe . And one more thing jangan panggil aku kakak . SOPAN SANGAT DOE ! Haha . Btw , aku suka gila tengok ko dengan Amm :P


Thanks to Amir , Putra, Amm sebab dengan rela hati menjoinkan diri untuk makan walaupun ko awal-awal dah cakap tak nak makan pizza dan terbukti itu semua dusta . Haha . Thanks jugak kat Suriana sebab bagi aku present . Bertahun dah aku tak dapat present . Hehe . Mana taknya . Birthday ke tak tetap terperap je kat rumah . Thanks again to Shera sebab buat post sempena birthday aku . So kalau korang nak tengok gambar-gambar boleh la korang menghendap blog beliau :D


THANKS ALL . Sayang korang sebab tak baling aku dengan tepung or telur segala :P




21 April 2011

. : Doakan Saya Tau !




Erk , final exam suda ?

Sila kelik .



WISH ME LUCK :)




19 April 2011

. : Ladybird Oh Ladybird !




Urgh ! Dem , dem , dem . Yeah freaking busy laa minggu nie . Barulah aku tau 'keunggulan' Art and Design nie . Haha ! Tapi busy macam mana pun tangan aku nie gatal jugak nak update blog . Dah lah drawings tak siap lagi nie -__- .


Tapi macam mana pun kos nie punya busy , aku tetap suka ! Masa nie lah nak tengok semua artwork dan kreativiti aku dan kawan-kawan aku . Ops , tak lama lagi cuti semester yeah *yahoo!* . Kerinduan terhadap mama dengan ayah semakin tak boleh dinafikan lagi . Entri kali nie aku nak citer pasal salah satu project aku , Form Project . Masa nie la aku rasa otak aku terpaksa berkerja secara hebat ! *erk, taklah hebat mana* .


Well , korang tau kan suatu spesies binatang atau serangga nie yang dinamakan Ladybird ? 






Pada sape-sape yang tak tau tuu , ha nie laa Ladybird:








Eh , nie hantu Kak Limah laa ! HAHA !







Okay okay . Serius .


Cumil aje kan Ladybird nie ? :3


Nak dijadikan cerita la kan.. last few weeks , aku dapat task untuk ubah bentuk Ladybird nie jadi macam-macam bentuk untuk aku jadikan sculpture . Hah ? MACAM-MACAM BENTUK YANG PELIK dengan syarat masih ada nampak ciri-ciri Ladybird . Serious shit ! Takkanlah aku sanggup ubah Ladybird yang cumil nie jadi bentuk yang pelik ? Kalau aku nak lukis yang macam nie jugak , bole ? 




Tapi setelah bermain pensel selama beberapa jam untuk ideation , inilah hasilnya :














Ape yang aku cuba lukis nie ? Seakan-akan aku cuba mengekalkan kecomelan Ladybird tersebut .


Last-last , lecturer aku proceed yang nie untuk idea development :





APE KE BENDA NIE ?! HAHAHA .



Aku pulak yang takut tengok .



02 April 2011

. : Art Market UiTM Kuala Terengganu 2011




Sedar tak sedar dah 4 bulan aku belajar kat sini . Kali nie aku nak update sikit pasal UiTM nie . Setelah berhabis duit yang banyak , akhirnya Art Market nie berjalan jugak seperti yang dirancang . Duhh , penat jangan cerita . Rasa macam 3 hari jugak tak tidur kot ? Haha . By the way , aku rasa fun jugak even penat . Thanks to all ! :)



Aku dan orang kuat Group B . Haha :P

Fazil The Designer

Me & Fara ^^

Jijie !! :D

Klip katon-katon cumill .

Sketch books designed by me & Fazil

Couple flowers .



Handmade bookmarks :)

Brooch antoo .

Stickers .

An artwork  by a senior .

Potrait drawing service .







Tie & Dye Tee's by textiles' student .



Keychains .

The Boys .

Tak lupa jugak Sir Yus yang kachak ! XD



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...