Showing posts with label Eiyra's Life. Show all posts
Showing posts with label Eiyra's Life. Show all posts

21 April 2011

. : Doakan Saya Tau !




Erk , final exam suda ?

Sila kelik .



WISH ME LUCK :)




13 February 2011

. : Saya Dah Mula Sayangkan Pantai Timur !




Hello readers !




view dari bilik aku




Okeylah, mungkin antara korang dah tau yang aku belajar kat UiTM Cendering , Kuala Terengganu sekarang kan . Masa aku dapat tahu yang aku ditempatkan kat sini , aku agak kecewa jugak la sebab menurut jangkaan aku , aku akan dapat di UiTM Lendu , Melaka . Sebab kat situ ada kos Graphic Design & Media Digital jugak . 8 jam perjalanan seyh ! Huwaa.. maknanya aku akan jauh lagi dari Encik Ben ! Honestly , masa perjalanan pergi sini , aku rasa macam berat hati jugak laa . Kalau tak disebabkan minat aku yang teramat dalam bidang art , aku dah accept je tawaran Politeknik JB tuh . Mesti Encik Ben boleh jaga aku jugak kat sana kan ? Dekat gila plak . Hahaha . *gedik*




salah seekor kucing yang hensem di UiTM Cendering




Aku mengaku , even sebelum aku nie pernah belajar di UiTM Segamat , Johor , aku agak 'culture shock' jugak la masa mula-mula sampai kat sini . Di sini , tersangat la lain . Dari segi bahasa dan komunikasi terutamanya , sebab majoriti student kat sini orang Kelantan - termasuk roomate aku yang dua orang itu . Agak kesian bagi mereka (Kelantanese especially) yang tak reti bercakap Bahasa Melayu dengan aku - sebab diorang terpaksa mengulang ayat mereka lebih kurang 5 atau 6 kali sampai aku faham . Haha ! Ini kisah benar okayy .




Ingatkan bila dah belajar jauh-jauh nie , aku takkan jumpa orang yang aku kenal kat sini . Rupanya ada jugak . Cheh ! Perkara nie aku baru sedar masa hari kedua orientasi . Masa aku baru bangun sebab tertidur dalam surau . Err.. sumpah aku mengantuk gila masa tu sebab tidur cuma 3 jam jer rasanya kot ? "Luqman Hanif !" tiba-tiba aku terdengar nama nie dipanggil oleh facilitator masa tu . Dan automatik dalam kepala aku teringat aku semalam ada terjumpa sorang student yang baru daftar macam aku jugak , yang aku agak curious , muka dia sangat sama dengan ex boyfriend aku . Of course la nama dia sama macam yang aku dengar sekejap tadi kan ? Cuma kitorang memang dah tak contact lama dah . Memang pernah plan nak jumpa , tapi asyik tak jadi je.. hehehe :P


"Anep kat mana sekarang ?" sepantas kilat aku taip mesej tu then tekan 'send' .

"Anep kat UiTM . Terengganu . Kenapa ?" cepat jugak dia reply . 

"Ohh.. tak ada apa-apa , patutlah Ira nampak ada orang muka sama macam Anep kat sini ." ahh.. buat selamba je dah la !


Sedangkan dalam hati cakap , "Macam mana aku boleh terjumpa dia kat Terengganu nie yea ? Aku dengan dia rumah kat Johor kot !" Dan macam-macam lagi aku bebel dalam hati . Err.. for you all punya info , kitorang memang tak pernah berjumpa yea . Contact pun ikut phone , internet . Tu je lah . Cuma dah lama tak contact . Masa tu aku rasa sangat-sangat KEBETULAN di sini . Sampai aku rasa Malaysia nie kecik sangat . Hahak . Cannot go laa ayat itu !



Sedar tak sedar , dah 2 bulan aku kat sini . Bahasa kat sini pun aku dah mula paham sikit-sikit , cuma tak pro lagi la kan . Hehe . Seriously , aku dah mula sayang kat pantai timur . Kat sini aku rasa sangat unik . Banyak benda yang aku jarang-jarang jumpa kat selatan sana , ada kat sini . Tak lupa jugak kat my besties di sini , Shera , Fara , Bulat , Anep , Fazil , Nita & all . Korang memang terbaik laa ! Sayang kat korang ! :D



05 January 2011

. : New Life , New Story . .



Setelah hampir setahun lepaking kat rumah , akhirnya aku pegi belajar jugak . Haha ! Seminggu sudah berada di UiTM Kuala Terengganu , overall aku rasa tempat nie okey walaupun kecik macam sekolah . Senang aku nak menapak pegi kelas . Kalau kelas pagi , terbangun lambat pun relax aje . Haha !


MDS rawks !! :)

meet Fara.. skandal baru aku . haha ! dari masa nie , aku dah start makan banyak sebagai ganti aku tak dapat makan semalamnya atas sebab menanggung sakit perut yang sangat kronik.. nampak tak pertambahan berat pipiku itu ?

with Tila.. cantik tak ? :P

bukan skandal okayy !

nie Tuan Amin . . aku ingatkan Faizal Ismail Hot Fm laa tadi

kitorang dah nak pegi clubbing nie..

control je semuanyee.. haha !

mereka yang banyak buat aku gelak masa MDS . . sangat cool okayy !

comel ? tau da ! :P

Abe sebagai klon Remy Ishak

penutup MDS , always together2 ~ eh kitorang sama saiz laa !


























































11 November 2010

. : Nak Bebel



Sebenarnya post kali nie aku tulis cuma saje nak bebel sorang-sorang . Tak ada informasi langsung . So korang tak payah la baca sangat and komen yeah ? Hee . Emosi tak stabil laa . Bila-bila masa saja boleh menjadi gedik , dan itu adalah sangat tak bagus dan merbahaya okayy . Tambahan pulak masa-masa tak sihat macam nie . Sroot ! Sroot ! *bunyi selsema*




Aku tak sure hala tuju aku ke mana lepas nie . Mana nak sambung study yup ? Tawaran masuk Politeknik JB dah confirm , tapi still menunggu jawapan UiTM untuk kos Art and Design . Interview kat JB pun sudah , tinggal tunggu jawapan saje . Yea , aku dah quit belajar kat UiTM Segamat tanpa perasaan bersalah . Ehehe . Silap aku jugak , pegi terima kos Computer Science tu buat hape ? Dah tau aku nie slow giler Maths ,  ha kan tak macam buang masa je  ambik fakulti Sains & Math ? Kalau macam nie bila nak kawen ? Teett !!


Ikutkan hati nak aje pegi sambung kat JB, dekat la sikit dengan Encik Boyfie . Nak jumpa pun tak la sesusah sekarang nie . Err , dating pun harus la selalu kot ? Tapi demi kecintaanku pada seni, aku nak tunggu jugak UiTM . Nervous la jugak , takut-takut tak dapat  je . Semua artworks aku pun habis semua aku keluarkan tunjuk kat panel temuduga . Kebetulan pulak aku dapat interviewer yang kachak masa tu . Ahaks ! Jadi macam bahagia la jugak . Haa , tengok ? Kan aksi gedik dah keluar ?


Masalahnya sekarang , jawapan UiTM tak tau la kuar bila . Hurm . Sebenarnya.. aku dah bosan giler dok rumah . Hee . Sebab kedengaran jugak  kat rumah nie Puan Mama selalu memberi ceramah bebas . Padahal masa kat Segamat dulu asyik rasa nak balik je ! Yela , kat sini aku tak ada kawan laa . Kawan pun dengan Encik Boyfie sorang  .  Sekarang nie dia dah busy kerja , lepas tu pegi gym , Ahad pegi swimming . Bila balik dah penat , terus tido . Aik.. nak mantapkan body ke Cik Abang ? Jom la kita lawan siapa dapat six pack dulu . Ecehh ! Aku ? Berbelogging saje la cari ilmu . Nak hilangkan rasa bosan semua .




Ok lah , sikit je nie . Thanks for reading guys . Tak lama pun kan bebelan nie ? Tuan puteri nak beradu .

08 November 2010

. : Nak Jadi Dr Love Kejap , Boleh ?



Eceh , poyo gile tajuk post nie kan ? Aku bukan la master dalam bab-bab macam nie . Tak jugak phD dalam bab kahwin-kahwin . Tapi aku cuma ada diploma je . Hahak .




Aku selalu je tengok kawan-kawan aku tak kisah la lelaki ke perempuan , suka kat someone tu bagai nak rak tapi orang yang dia giler sangat tu bukannya tau korang suka kat dia ? Aku paham , pasal aku pun zaman sekolah dulu macam tu jugak . Hahak ! Angau sorang-sorang . Padahal orang tu bukan tau pun . Sangat la wudehell bila difikirkan balik .


Kalau nak cerita pasal tu masa lain la yea . Nanti panjang sampai cecah lantai pulak entry aku nie . Anyway , bagi korang yang tengah mengalami situasi macam tu aku ada penyelesaian untuk korang . Skill menarik nie sebenarnya dapat dari pengalaman aku sendiri . Ceritanya bermula macam nie .


Ditakdirkan Tuhan aku telah berkenalan dengan seorang jejaka nie . Aku kenal dia since aku tingkatan 5 lagi , tapi from internet je la . Mula-mula aku tak ada la nak minat kat dia nie . Fine la nak kawan , aku pun single masa tu . Tak salah kot . Cara dia layan aku je dah macam abang-abang layan adik-adik gitu . Cuma aku rasa agak rapat la dengan dia masa tu tapi serius tak rasa apa-apa . Tapi lama-lama terfikir jugak la, aku kawan dengan boyfriend orang ke nie ? Dengan tak malunya aku bertanya . Dan inilah kata beliau : " Ala , orang macam saya nie mana la ada orang minat "

 
Oh, okayy . Dia tak ada girlfriend .


Lega . Bukan apa, cuma aku tak suka rapat dengan boyfriend orang even aku tak minat pun dengan dia . Bila aku masuk UiTM , aku dah tak contact dengan dia . Aku pun tak ingat la macam mana boleh lama-lama makin jarang contact .


Ada la 1 malam tu , aku teringat nak contact dia balik . Start dari tu la aku macam rapat balik dengan dia . Aku pendekkan dari cerita nie . Ntah macam mana , lama-lama hati aku da start rasa lain . Serius tiba-tiba je aku macam tertarik kat dia . Ish! Takkan aku suka dia plak ? Tapi aku tak la bagitau dia . Giler hape ? Ntah-ntah dia dah tak single sekarang . Aku ada tanya pasal tu , tapi banyak kali dia mengelak . Sampai satu malam , aku paksa dia bagitau .



" Ok la saya bagitau , saya memang ada girl sekarang . Dah 4 tahun dah . "






DUSHH ! Isk isk ! Aku dah kena tipu . Tapi tak ape la , maafkan je . Mungkin dia takut aku tak nak kawan dengan dia lepas tau . Serius cakap , ada rasa cikit kecewa la bila dapat tahu . Haha . Dan memang berhasrat nak lupakan aje feel aku kat dia . Buat apa nak simpan kan ? Kawan-kawan je sudah la .


Tapi makin lama, relationship dia dengan girlfriend dia makin tak boleh nak diselamatkan . Memang selalu ada masalah sejak setahun lepas . Dan pastinya aku jugak la yang jadi tempat mengadu dia kadang-kadang . Bila aku dah start bagi kaunseling nasihat tu semua (eceh!) , benda tu la yang buat kitorang makin rapat . Dah aku je yang jadi tempat dia cerita macam-macam kan ? Ditakdirkan jodoh dia tak panjang dengan girlfriend dia . Last-last dia pun mengaku ada feel kat aku jugak . Dan akhirnya aku dapat jugak la Encik Boyfie . Hehe .


See ? Nampak tak kesimpulannya kat situ ? Cara paling efektif ialah jadi bestfriend kepada orang yang kita suka tu . Tapi dengan syarat , dia pun nak kawan dengan korang jugak . Kalau dia tak nak jugak , korang hentikan je la niat korang tu . Hihi . Nanti kecewa tak memasal plak kan . Dan aku tak galakkan korang kacau orang yang dah berstatus 'unvailable' . Kalau yang tu memang korang cari masalah . Kalau kes macam aku nie lain la kan . Memang aku tak tau =P . Kalau korang dekat , rajin-rajin la senyum kat dia . Yang penting merendah diri . Jangan sombong dan pandai berinteraksi . Itu la yang menarik .






28 October 2010

. : Eh, Kena Tag Ke?



Mula-mula aku x paham jugak la ape kebenda la tag mengetag nie . Tapi bila kena tag dengan Cik Qadeeja tadi baru la aku paham . Oo.. ini ke tag ? *sila bayangkan muka blur diriku* . Hehe ! Terima kasih saudari . Tapi takpe laa.. alang2 tengah tak tau nak tulis entry ape nie kan ? Nie la masa2 nak cintan cintun dengan blog nieh . Lepas nie dah sambung study, mesti la kurang masa aku ngadap lappy . Ehem! *boleh pecaye?* . Kita layan ! Zass !



Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you . At the end, choose 25 people to be tagged


  1. Puteri sulung kepada Puan Fuziah bt. Arifin + Encik Abd Razak b. Mohd Nasir .
  2. Sangat sukakan Doraemon hingga pernah digelarkan 'seorang Doraemon' oleh Encik Boyfie yang gedik garang ;P 
  3. Pencinta kucing tapi tak dibenarkan membela kucing di rumah atas undang-undang Puan Mama rumah ini .
  4. Sebulan sekurang-kurangnya sekali mesti buat artwork . Bercita-cita nak buat komik sendiri nanti, pastu orang beli, pastu mesti la ramai peminat kan? Haha!
  5. Suka makeup, tapi sejak pimple dah tak ada nie, makin malas pulak .
  6. Blogging bila suka . Kalau malas harus dah bersawang belog ini . Terutama apabila broadband menjadi berukband .
  7. Semakin sukakan hijau . Maaflah biru sebab makin lama meninggalkan kau .
  8. Tak pernah merasa berat badan lebih dari 42kg . Tak pernah melepasi ketinggian 153cm . Dah memang comel kecik kan ?
  9. Shopping? Kurang minat . Selalu beli barang ikut perlu saje . Tak gila barang branded .
  10. Dalam wardrobe aku korang akan susah nak jumpa fesyen baju yang sama .
  11. Sensitif, tapi pemaaf . Cepat marah, tapi cepat sejuk .
  12. Encik Boyfie cakap, "Ira nie keras kepala tau tak?" . Terbukti aku mempunyai masalah kedegilan yang tidak terkawal .
  13. Rasa nak pergi holiday dengan Encik Boyfie untuk next year . Tioman Island mungkin .
  14. Tak suka cicak yang selalu menghantui hidupku .
  15. Senang sangat kena selsema . Tak tau kenapa .
  16. Agak sedih sebab sejak sekolah tak pernah ada medal sukan . Cuma trofi akademik saje yang memenuhkan ruang rumah .
  17. Nak ada muka + rambut macam Lisa Surihani . *ok, nie serius tak boleh blah*
  18. Suka menangguh-nangguh . Bad habit yang rasa susah sangat nak hilang . Except kalau dah rasa excited sangat tu, buat la .
  19. Tak tahan rasa sejuk, lebih rela rasa panas . Selalu terjadi rasa sejuk bila berasa di dalam kelas di UiTM Segamat, atau harus aku gelarkan UiTM German disebabkan air cond mereka yang sejuk gila woo .
  20. Saya nak jadi budak baik! Yeah!
  21. Ramai cakap aku nerd pendiam, yeke ? Cuma aku suka mendengar kot . Diakui diriku juga seorang pemalu . Aww ;D
  22. Suka belajar bahasa negara lain . Contoh : Jepun, Korea, Sepanyol etc.
  23. Food pulak.. Erm, rasa macam suka udang la? Hehe . Kenapa? Tanya Encik Boyfie untuk kisah selanjutnya .
  24. Kadang-manja tapi hanya orang tertentu saja boleh rasa .
  25. Last kan? Ok nak cakap , I LOVE MYSELF .  





Err.. nak tag sampai 25 orang? Haha! Macam nie je la . Memandangkan tenet skang slow . Next time aku tag . Oke? Siapa-siapa yang baca ambik je la tag nie yeap . Aku tak marah punya laa . Yang sempat nak tag :

11 October 2010

. : Mari Melukis Bersama Saya


hapdet lagi yea tuan2 dan puan2 !
selepas menjalani 1 minggu yg stress

err.. stress ke? haha! 

oke, berbalik pada tajuk utama
sape2 yg kenal rapat ngan aku
mesti tau pasal hobi aku yg satu nie
bila sampai satu tahap aku bosan tahap tapir lapar
aku mesti cari pensel ngan kertas
tibe2 aku dengar

" nak menconteng la tu " 

ujar salah seorang rakan baik ku
paham sangat da
sebab nie je cara aku rasa masa berjalan cepat sket

nie antara sikit2 hasilnya : 


30/08/2010
 drawing kat atas nie paling aku sayang..
sebab serius buat aku rindu kat Encik Boyfie
Encik Boyfie pena letak dagu dia atas kepala aku camtu
pasal ape?
sebab ketinggian aku mengizinkan dia buat camtu
aku x tau la sama ada dia yg tinggi
ker.. aku yg rendah sangat ?

MySpace

oke, contengan seterusnya


aku x ingat la bila aku lukis nie..
rasanya masa cikgu tengah membebel kat depan kelas
kat belakang aku sebok wat menda alah nie..
err.. masa kelas Kimia kot?
sumpah aku x suka subjek tuh
aku terer cuma bila topic 'Introduction to Chemistry' 
wadafak!


19/12/2006
drawing nie paling dapat sambutan masa kat skola dulu
nak muntah skang? silakan

MySpace

da siap? oke, aku sambung balik citer
sebenarnya masa skola dulu aku banyak sangat melukis
tapi yg aku dapat kumpul sikit je
pasal ape?
atas permintaan kawan aku la semua tu
aku abes lukis je mintak
pastu aku x bagi buat muke seposen
kalau sorang dua je x ape la jugak
pastu mintak lagi, sampai sanggup bayar pun ade
hadoy la.. tu pasal la
collection aku masa skola sikit je dapat simpan
ramai yg mintak lukisan nie tapi sorry aku x bole bagi
ada sentimental value beb!
even aku da lupa da kat orang tu..

NEXT !

27/05/2007
hai !! karekter yg aku curik dari seorang kartunis Malaysia
nama dia Benny Wong
aku just lukis balik je yg nie..
antara komik dia yg famous
Innocent, The Fishes, Fatal Chaous, Le Gardenie, Naive etc
bertimbun komik dia kat uma aku..
serius aku giler minat artwork dia
seksi x hingat la kalau lukis perempuan.. haha!

MySpace

09/08/2007
nie aku x ingat karekter dari mana..
tapi nie la 1st time aku warnakan lukisan
pakai pencil colour Luna kot
ahaha, sumpa buruk!
terus terang aku cakap kat korang
aku x pandai la main warna


30/11/2007
sombong kan muka awek nie?
nie pun artwork asal dari Benny Wong jugak
sape rajin baca komik dia tu tau la karekter nie
Angel nama dia
dari novel grafik The Fishes
search kat Gempak Starz okeh !


25/01/2009
korang kenal x sape dia nie?
kalau x kenal sila hantuk kepala anda ke dinding
kerana anda telah melalui zaman kanak2 yg sangat kesian
aku lukis nie pun sebab kawan aku suruh
tapi sampai skang dia x amek pun..


29/11/2007
sebenarnya impian aku salah satunye
nak ada komik yg aku buat sendiri pastu 1 Malaysia baca
hihik.. berangan la lu!
da la pemalas.. kalau aku rajin da bole dapat kot
by the way aku punya hobi nie suka2 je
x lebih pun..


22/06/2007
nice chibi Gerard ! haha..
nie la pakwe aku masa form 4
vocalist band My Chemical Romance
antara kegilaan aku masa tu..


26/11/2007
ape motif aku lukis gambar laki ngan pompuan nieh?
sebenarnya aku x reti sangat lukis lelaki
so aku saje lukis camnie.. nak tengok beza
anatomi diorang lain dari pompuan
bentuk muka, mata, badan memang sah la lain
kalau korang perasan artwork aku banyak gambar girls.. betol x?


20/09/2006
bunga favret ku..
bila cikgu x masuk kelas
nie la kerja aku
bukan nak baca buku!
PMR plak masa tu..
buat adik2 semua
janganlah anda contohi sikap seperti ini yea?


ntah bila la aku lukis nie..?
tau2 da ade je dalam fail aku..


25/01/2008
 cehh! baru sekola nak bercinta..
terok gak erk drawing aku masa form 5?
aku x rasa lukisan nie nampak hidup pun..
kaku giler.. comot 1 hal


09/12/2008
karekter ori..
try nak buat realism sikit cam potret la konon2
tapi cam karton gak jadinye..

MySpace


25/05/2010
bila masuk je tahun 2010..
aku da asyik lukis gambar couple je.. hihi

MySpace

nie semua bukan saje2 aku lukis
emotion aku jugak
just a way to express them..


03/09/2010
 nie antara contengan yg terbaru
ada improvement ke..?



eh? tibe2 ade kaler plak?
ok guys.. jangan gelak eah
nie adalah percubaan pertama
aku mewarna pakai Adobe Photoshop
lagi satu nampak signature kat atas tu?
pemberian seorang classmate 
menunjukkan lukisan nie bukan aku buat
aku cuma WARNAKAN sahaja
aku da cakap aku failed bab mewarna..

cukup la nie aje yea..
aku da ngantok.. haha
thanks for viewing!
see ya in the next entry

MySpace


04 October 2010

. : Friendship Never Ends !


ape nak tulis nie?
hati tengah sedih.. sakit

http://www.emocutez.com

mesti entry kali nie lain sikit kot?
kadang2 aku nak je sebut nama die kuat2
biar semua org tau aku sayang dia sorang
tapi aku x mampu
aku lebih jaga hati org lain
dari hati sendiri..
ehe.. da la x ramai kawan..
nak citer problem sendiri kat kawan?
hmm.. baek citer kat kucing je
tibe2 rindu sangat kat Comel..
nape la kau ilang..?
x sempat nak tengok kau besar
kalau kau ada lagi..
mesti kau da jadi kawan yg paling baik sekali..
sekurang2nya kau tempat aku ngadu
even kau x paham pape..
x kan ada sorang pun paham
tapi tu x kisah la..
sekurang2nya ada kawan2 yg support aku
thanks yea korang.. :)
aku sayang korang sampai mati
especially kau Azry.. kau mmg terbaek!






22 August 2010

. : Mari Selerakkan Rumah


wah! penatnya hari nie

betul2 mengemas rumah

demam pulak!

hidung saya bocor 


MySpace



x tahu la brape ekor cicak yg terkorban dibunuh mama

hampir berlainan spesies juga

saya juga menemukan fosil salah seekor daripada mereka



kesian kaw encik cicax :(



dan seakan-akan x percaya

saya berjaya menemukan ini



teman saya masa SPM :3


hahax ! poyo saje caption itu

MySpace


ouh, ya . . perasan x ada 2 perkataan 'Sejarah' di situ?

sangkaan saya semuanya telah habis dibakar

cuma buku Fizik itu saje yg agak hancur

disebabkan ketaksuban saya kepada subjek tersebut

err.. ade sape2 nampak buku rujukan Kimia saya?


MySpace


dan nie yang paling best!



ini merupakan kali pertama saya mendapat A dalam Matematik

haha! anda semua ape nak heran kan3??

tapi agak susah bagi saya untuk mendapatkan gred ini pada masa itu

haruslah gigih serta berkeyakinan


MySpace 

okeh last!




ape nie??


inilah diari saya semasa berumur 16 dan 17

hak2. gedik kan?


saya harap saya dapat hapuskan ini secepat mungkin

x sanggup nak tengok isi di dalam


MySpace



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...