Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

11 November 2010

. : Nak Bebel



Sebenarnya post kali nie aku tulis cuma saje nak bebel sorang-sorang . Tak ada informasi langsung . So korang tak payah la baca sangat and komen yeah ? Hee . Emosi tak stabil laa . Bila-bila masa saja boleh menjadi gedik , dan itu adalah sangat tak bagus dan merbahaya okayy . Tambahan pulak masa-masa tak sihat macam nie . Sroot ! Sroot ! *bunyi selsema*




Aku tak sure hala tuju aku ke mana lepas nie . Mana nak sambung study yup ? Tawaran masuk Politeknik JB dah confirm , tapi still menunggu jawapan UiTM untuk kos Art and Design . Interview kat JB pun sudah , tinggal tunggu jawapan saje . Yea , aku dah quit belajar kat UiTM Segamat tanpa perasaan bersalah . Ehehe . Silap aku jugak , pegi terima kos Computer Science tu buat hape ? Dah tau aku nie slow giler Maths ,  ha kan tak macam buang masa je  ambik fakulti Sains & Math ? Kalau macam nie bila nak kawen ? Teett !!


Ikutkan hati nak aje pegi sambung kat JB, dekat la sikit dengan Encik Boyfie . Nak jumpa pun tak la sesusah sekarang nie . Err , dating pun harus la selalu kot ? Tapi demi kecintaanku pada seni, aku nak tunggu jugak UiTM . Nervous la jugak , takut-takut tak dapat  je . Semua artworks aku pun habis semua aku keluarkan tunjuk kat panel temuduga . Kebetulan pulak aku dapat interviewer yang kachak masa tu . Ahaks ! Jadi macam bahagia la jugak . Haa , tengok ? Kan aksi gedik dah keluar ?


Masalahnya sekarang , jawapan UiTM tak tau la kuar bila . Hurm . Sebenarnya.. aku dah bosan giler dok rumah . Hee . Sebab kedengaran jugak  kat rumah nie Puan Mama selalu memberi ceramah bebas . Padahal masa kat Segamat dulu asyik rasa nak balik je ! Yela , kat sini aku tak ada kawan laa . Kawan pun dengan Encik Boyfie sorang  .  Sekarang nie dia dah busy kerja , lepas tu pegi gym , Ahad pegi swimming . Bila balik dah penat , terus tido . Aik.. nak mantapkan body ke Cik Abang ? Jom la kita lawan siapa dapat six pack dulu . Ecehh ! Aku ? Berbelogging saje la cari ilmu . Nak hilangkan rasa bosan semua .




Ok lah , sikit je nie . Thanks for reading guys . Tak lama pun kan bebelan nie ? Tuan puteri nak beradu .

28 October 2010

. : Eh, Kena Tag Ke?



Mula-mula aku x paham jugak la ape kebenda la tag mengetag nie . Tapi bila kena tag dengan Cik Qadeeja tadi baru la aku paham . Oo.. ini ke tag ? *sila bayangkan muka blur diriku* . Hehe ! Terima kasih saudari . Tapi takpe laa.. alang2 tengah tak tau nak tulis entry ape nie kan ? Nie la masa2 nak cintan cintun dengan blog nieh . Lepas nie dah sambung study, mesti la kurang masa aku ngadap lappy . Ehem! *boleh pecaye?* . Kita layan ! Zass !



Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you . At the end, choose 25 people to be tagged


  1. Puteri sulung kepada Puan Fuziah bt. Arifin + Encik Abd Razak b. Mohd Nasir .
  2. Sangat sukakan Doraemon hingga pernah digelarkan 'seorang Doraemon' oleh Encik Boyfie yang gedik garang ;P 
  3. Pencinta kucing tapi tak dibenarkan membela kucing di rumah atas undang-undang Puan Mama rumah ini .
  4. Sebulan sekurang-kurangnya sekali mesti buat artwork . Bercita-cita nak buat komik sendiri nanti, pastu orang beli, pastu mesti la ramai peminat kan? Haha!
  5. Suka makeup, tapi sejak pimple dah tak ada nie, makin malas pulak .
  6. Blogging bila suka . Kalau malas harus dah bersawang belog ini . Terutama apabila broadband menjadi berukband .
  7. Semakin sukakan hijau . Maaflah biru sebab makin lama meninggalkan kau .
  8. Tak pernah merasa berat badan lebih dari 42kg . Tak pernah melepasi ketinggian 153cm . Dah memang comel kecik kan ?
  9. Shopping? Kurang minat . Selalu beli barang ikut perlu saje . Tak gila barang branded .
  10. Dalam wardrobe aku korang akan susah nak jumpa fesyen baju yang sama .
  11. Sensitif, tapi pemaaf . Cepat marah, tapi cepat sejuk .
  12. Encik Boyfie cakap, "Ira nie keras kepala tau tak?" . Terbukti aku mempunyai masalah kedegilan yang tidak terkawal .
  13. Rasa nak pergi holiday dengan Encik Boyfie untuk next year . Tioman Island mungkin .
  14. Tak suka cicak yang selalu menghantui hidupku .
  15. Senang sangat kena selsema . Tak tau kenapa .
  16. Agak sedih sebab sejak sekolah tak pernah ada medal sukan . Cuma trofi akademik saje yang memenuhkan ruang rumah .
  17. Nak ada muka + rambut macam Lisa Surihani . *ok, nie serius tak boleh blah*
  18. Suka menangguh-nangguh . Bad habit yang rasa susah sangat nak hilang . Except kalau dah rasa excited sangat tu, buat la .
  19. Tak tahan rasa sejuk, lebih rela rasa panas . Selalu terjadi rasa sejuk bila berasa di dalam kelas di UiTM Segamat, atau harus aku gelarkan UiTM German disebabkan air cond mereka yang sejuk gila woo .
  20. Saya nak jadi budak baik! Yeah!
  21. Ramai cakap aku nerd pendiam, yeke ? Cuma aku suka mendengar kot . Diakui diriku juga seorang pemalu . Aww ;D
  22. Suka belajar bahasa negara lain . Contoh : Jepun, Korea, Sepanyol etc.
  23. Food pulak.. Erm, rasa macam suka udang la? Hehe . Kenapa? Tanya Encik Boyfie untuk kisah selanjutnya .
  24. Kadang-manja tapi hanya orang tertentu saja boleh rasa .
  25. Last kan? Ok nak cakap , I LOVE MYSELF .  





Err.. nak tag sampai 25 orang? Haha! Macam nie je la . Memandangkan tenet skang slow . Next time aku tag . Oke? Siapa-siapa yang baca ambik je la tag nie yeap . Aku tak marah punya laa . Yang sempat nak tag :

22 August 2010

. : Mari Selerakkan Rumah


wah! penatnya hari nie

betul2 mengemas rumah

demam pulak!

hidung saya bocor 


MySpace



x tahu la brape ekor cicak yg terkorban dibunuh mama

hampir berlainan spesies juga

saya juga menemukan fosil salah seekor daripada mereka



kesian kaw encik cicax :(



dan seakan-akan x percaya

saya berjaya menemukan ini



teman saya masa SPM :3


hahax ! poyo saje caption itu

MySpace


ouh, ya . . perasan x ada 2 perkataan 'Sejarah' di situ?

sangkaan saya semuanya telah habis dibakar

cuma buku Fizik itu saje yg agak hancur

disebabkan ketaksuban saya kepada subjek tersebut

err.. ade sape2 nampak buku rujukan Kimia saya?


MySpace


dan nie yang paling best!



ini merupakan kali pertama saya mendapat A dalam Matematik

haha! anda semua ape nak heran kan3??

tapi agak susah bagi saya untuk mendapatkan gred ini pada masa itu

haruslah gigih serta berkeyakinan


MySpace 

okeh last!




ape nie??


inilah diari saya semasa berumur 16 dan 17

hak2. gedik kan?


saya harap saya dapat hapuskan ini secepat mungkin

x sanggup nak tengok isi di dalam


MySpace



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...