Dah lama rasanya aku tak join contest kan ? Tiba-tiba je hari nie aku terasa rajin setelah terpandangkan blog akak sempoi yang sorang nieh . Tajuk contest ? Harus la adalah seperti yang tertera di atas . Setelah aku godek-godek lappy , aku teringat pulak gambar photoshoot kat Terengganu Equesterian Resort hari tu bersama bestie aku , Shera Aziz . Tapi apa makna sempoi yea ? Simple kah ? Haha . Apa-apa je laa ! Eh nie bukan sempoi ! Nie bajet model international . HAHA . Padahal sebagai photographer saje pada hari tu . Sorry kak ! Saya tak ada gambar dengan pokok pisang :D Ouh okay , one more . Gambar nie dirasakan sempoi sebab telah di'snap' sewenang-wenangnya oleh Shera Aziz secara candid . Kalau tak candid kompem la aku da bajet ayu je time gini kan . Tapi kalau bajet ayu pun , memang tak menang kot . Ahaks ! |
08 April 2011
. : Contest : Pic Paling Sempoi
07 April 2011
. : Jom Tengok Keajaiban Air !
Air boleh dipengaruhi oleh kata-kata kita ? Seorang saintis Jepun , Dr. Masaru Emoto percayakan ini dan dia ada bukti .
![]() |
| Nie la rupa Dr. Emoto tersebut . |
Dr. Emoto telah mengambil beberapa titisan air dan membiarkan titisan-titisan air tersebut terdedah kepada berbagai jenis perkataan , muzik dan persekitaran dan seterusnya membekukan titisan air tersebut selama tiga jam . Beliau mendapati kristal telah terbentuk di bawah mikroskop dan beliau telah mengambil beberapa keping gambar .
Hasilnya ? Sangat menakjubkan .
Ini adalah gambar air biasa tanpa sebarang ucapan doa dibacakan ke atasnya . Struktur molekulnya nampak macam kucar-kacir je kan ?
Yang nie pulak lepas dibacakan doa . Serius cantik ! Inilah antara sebab kita digalakkan baca doa dulu sebelum makan . Okay , next !
Dr. Emoto juga telah mendedahkan titisan air tersebut kepada muzik Heavy Metal . Inilah rupa air tersebut . Nampak serabut + sedih *kalau ikut pendapat aku laa* .
Yang kat atas nie pulak gambar air yang didedahkan dengan muzik klasik dan muzik 'Folk Dance' . Nampak macam lebih elok sikit daripada yang tadi kan ?
Dr. Emoto cuma meletakkan sehelai kertas yang bertulis : " You make me sick . I will kill you . " Inilah rupa air tesebut bila dilihat di bawah mikroskop .
Yang nie bila diletakkan perkataan 'Love' pulak . Perbezaan yang sangat menarik !
Yang nie pulak gambar air tercemar . .
Molekul air dari Lourdes , France . Huh ! Tak tergambar dengan kata-kata cantiknya kan ?
EH , tunggu kejap ! Bukan ke badan kita nie terdiri daripada air ? Yea ! 72% daripada badan kita terdiri daripada air . Cuba bayangkan macam mana kata-kata mempengaruhi badan kita . Bila kita kata , "Aku cuma seorang yang gagal" , atau "Aku dah tak ada harapan" , atau "Aku tak akan sembuh" . Jadi , bayangkan la macam mana kata-kata tu melemahkan kesihatan kita ?
Buatlah pilihan dengan selalu mengeluarkan kata-kata yang baik . Katakan , "Aku seorang yang hebat !"
Tapi eksperimen ini bukanlah semata-mata mengenai air .
Dr. Emoto juga menjalankan eksperimen menggunakan nasi yang telah dimasak . Dia telah meletakkan satu cawan nasi di dalam dua buah bekas yang kedap udara . Pada salah satu bekas , dia telah menulis "I love you" dan "You fool" pada salah satunya lagi . Setiap hari selama 30 hari , Dr. Emoto telah mengeluarkan kata-kata yang sama pada setiap bekas tersebut .
Selepas 30 hari , nasi yang bertulis "I love you" pada bekasnya masih berwarna putih manakala yang bertulis "You fool" telah menjadi hitam dan rosak . Err , ada siapa-siapa yang boleh terangkan pasal nie ?
P/S : Masa aku kecik-kecik , mama selalu ajar aku baca doa sebelum makan . Sekarang aku sedar yang baca doa selepas makan pun boleh menyebabkan transformasi terhadap molekul makanan yang yang aku makan . Kesannya rezeki tersebut lebih diberkati . Yap ! Itulah sebabnya jugak kita selalu mengucapkan "Selamat Hari Lahir" atau "Selamat Ulang Tahun" kepada semua orang . So , BE BLESSED everyone ! :)
02 April 2011
. : Art Market UiTM Kuala Terengganu 2011
Sedar tak sedar dah 4 bulan aku belajar kat sini . Kali nie aku nak update sikit pasal UiTM nie . Setelah berhabis duit yang banyak , akhirnya Art Market nie berjalan jugak seperti yang dirancang . Duhh , penat jangan cerita . Rasa macam 3 hari jugak tak tidur kot ? Haha . By the way , aku rasa fun jugak even penat . Thanks to all ! :)
![]() |
| Aku dan orang kuat Group B . Haha :P |
| Fazil The Designer |
![]() |
| Me & Fara ^^ |
| Jijie !! :D |
| Klip katon-katon cumill . |
| Sketch books designed by me & Fazil |
| Couple flowers . |
| Handmade bookmarks :) |
| Brooch antoo . |
| Stickers . |
| An artwork by a senior . |
| Potrait drawing service . |
| Tie & Dye Tee's by textiles' student . |
| Keychains . |
| The Boys . |
| Tak lupa jugak Sir Yus yang kachak ! XD |
Subscribe to:
Posts (Atom)














