02 November 2010

. : Lelaki Ucap Maaf Dapat Buat Jantung Perempuan Sihat



Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.


Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.


Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.


Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.


Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.


Jadi,sayangilah pasangan kalian. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.





01 November 2010

. : Calon Bapak Mertua Yang Ditakuti


Kepada Boyfriend anak aku,



Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar . sebab ko takkan ambik ape2 atau sesiapa .



Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku . Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku . Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku, aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah .



Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko . Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal . Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.



Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet . Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti . Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh . dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?



Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko, ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa.  Aku takmo dengar semua tuh . Satu jer topik yang aku minat nak dengar:  bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”



Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut . aku takde hal ngan kelebihan ko tu.  selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko . Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko . Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis .



Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat . Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar . Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni .



Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2 . tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam . Tempat2 yang gelap.  Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria . Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan, pakai short skirt.  Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku . Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan . Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan .



Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku . Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku . Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka . Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni . Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ . Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye . Jangan main2 ngan aku .



Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni, kalo boleh biar sampai sangat2 takut . Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong . Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak, aku ingatkan komunis . Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2 . Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik” . Pastu terus blah.  Tak payah masuk minum teh . Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku .





Sekian.


Yg ditakuti,

Bapak Kepada GF ko .



P/S : Aku suka peraturan no 7 . Mesti bersih selalu kereta bapak aku . Cuma bapak aku tak ada sniper .


*credit to Tok Wan


28 October 2010

. : Eh, Kena Tag Ke?



Mula-mula aku x paham jugak la ape kebenda la tag mengetag nie . Tapi bila kena tag dengan Cik Qadeeja tadi baru la aku paham . Oo.. ini ke tag ? *sila bayangkan muka blur diriku* . Hehe ! Terima kasih saudari . Tapi takpe laa.. alang2 tengah tak tau nak tulis entry ape nie kan ? Nie la masa2 nak cintan cintun dengan blog nieh . Lepas nie dah sambung study, mesti la kurang masa aku ngadap lappy . Ehem! *boleh pecaye?* . Kita layan ! Zass !



Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you . At the end, choose 25 people to be tagged


  1. Puteri sulung kepada Puan Fuziah bt. Arifin + Encik Abd Razak b. Mohd Nasir .
  2. Sangat sukakan Doraemon hingga pernah digelarkan 'seorang Doraemon' oleh Encik Boyfie yang gedik garang ;P 
  3. Pencinta kucing tapi tak dibenarkan membela kucing di rumah atas undang-undang Puan Mama rumah ini .
  4. Sebulan sekurang-kurangnya sekali mesti buat artwork . Bercita-cita nak buat komik sendiri nanti, pastu orang beli, pastu mesti la ramai peminat kan? Haha!
  5. Suka makeup, tapi sejak pimple dah tak ada nie, makin malas pulak .
  6. Blogging bila suka . Kalau malas harus dah bersawang belog ini . Terutama apabila broadband menjadi berukband .
  7. Semakin sukakan hijau . Maaflah biru sebab makin lama meninggalkan kau .
  8. Tak pernah merasa berat badan lebih dari 42kg . Tak pernah melepasi ketinggian 153cm . Dah memang comel kecik kan ?
  9. Shopping? Kurang minat . Selalu beli barang ikut perlu saje . Tak gila barang branded .
  10. Dalam wardrobe aku korang akan susah nak jumpa fesyen baju yang sama .
  11. Sensitif, tapi pemaaf . Cepat marah, tapi cepat sejuk .
  12. Encik Boyfie cakap, "Ira nie keras kepala tau tak?" . Terbukti aku mempunyai masalah kedegilan yang tidak terkawal .
  13. Rasa nak pergi holiday dengan Encik Boyfie untuk next year . Tioman Island mungkin .
  14. Tak suka cicak yang selalu menghantui hidupku .
  15. Senang sangat kena selsema . Tak tau kenapa .
  16. Agak sedih sebab sejak sekolah tak pernah ada medal sukan . Cuma trofi akademik saje yang memenuhkan ruang rumah .
  17. Nak ada muka + rambut macam Lisa Surihani . *ok, nie serius tak boleh blah*
  18. Suka menangguh-nangguh . Bad habit yang rasa susah sangat nak hilang . Except kalau dah rasa excited sangat tu, buat la .
  19. Tak tahan rasa sejuk, lebih rela rasa panas . Selalu terjadi rasa sejuk bila berasa di dalam kelas di UiTM Segamat, atau harus aku gelarkan UiTM German disebabkan air cond mereka yang sejuk gila woo .
  20. Saya nak jadi budak baik! Yeah!
  21. Ramai cakap aku nerd pendiam, yeke ? Cuma aku suka mendengar kot . Diakui diriku juga seorang pemalu . Aww ;D
  22. Suka belajar bahasa negara lain . Contoh : Jepun, Korea, Sepanyol etc.
  23. Food pulak.. Erm, rasa macam suka udang la? Hehe . Kenapa? Tanya Encik Boyfie untuk kisah selanjutnya .
  24. Kadang-manja tapi hanya orang tertentu saja boleh rasa .
  25. Last kan? Ok nak cakap , I LOVE MYSELF .  





Err.. nak tag sampai 25 orang? Haha! Macam nie je la . Memandangkan tenet skang slow . Next time aku tag . Oke? Siapa-siapa yang baca ambik je la tag nie yeap . Aku tak marah punya laa . Yang sempat nak tag :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...