06 July 2011

. : Kisah Sedih Norma , Talib & Rafiq




I don't know how to describe this into words . Urm.. Ok la , camnie . Aku ada sorang kawan , Faraain nama dia . Since dia bestfriend aku kat UiTM KT nie , banyak la aku tau pasal dia . Since dari last sem , aku tengok dia banyak masalah . Then baru dia cerita kat aku pasal kenapa dia selalu jadi macam tu then macam mana keadaan family dia semua .



Dia selalu ambik emergency leave . Agak kesian aku tengok dia . Ulang alik pantai timur dengan selatan . Dia cakap akak dia , Norma , sakit . Brain cancer . Mata dia dah berair masa dia cerita kat aku semua sekali pasal akak dia . Kebetulan pulak , aku ada terbaca blog kakak ipar dia . Kalau korang perasan ada sorang blogger nie nama dia Moon . Then dari situ Moon rajin update pasal kak Norma nie . 







Siapa Norma nie ? Dipendekkan cerita , kakak kawan aku nie , Norma ada sorang suami dan baby lelaki comel nama Rafiq . Tak sampai setahun perkahwinan diorang . Norma disahkan ada tumor kat otak .




Korang just imagine je la kan . Baru kahwin , baru dapat baby first , baru nak mulakan hidup sama-sama tapi dah jadi sangat-sangat sengsara..



__________________________________________


Nie aku copy paste dari Blog Ben Ashaari :



Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu.. 



Rafiq yang masih tak faham penderitaan mamanya




Tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..



Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq.. 




Talib yang sentiasa ada di sisi isteri .




Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..



Talib bersama Rafiq



Tangan Norma yang lebam



Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..

 
Kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas :


CIMB
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif



Aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.



Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..



hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....



__________________________________________




Tiba-tiba pulak aku rasa terpanggil untuk buat entri nie . Nak tolong pakai duit , memang aku tak mampu . Klik SINI untuk tahu perjalanan kisah perjalanan kak Norma dari mula-mula kena kanser . Kepada Fara , aku harap entri nie boleh membantu kau yea . Sama-sama la kita doa agar kak Norma pulih seperti sedia kala . Aminn ~





P/S : Please spread the words . Thank you .


2 comments:

Miss Moon said...

thanks dik for sharing this in your beutiful blog

may Allah bless u and your family

NURUL NAZIRA said...

sharing je kak yg mampu.. ur welcum kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...