26 July 2012

. : Proton Lamborghini ?




Seperti yang kita sedia maklum, pihak proton baru sahaja mengeluarkan kereta terbarunya iaitu Proton Preve. Kini terdapat lagi sebuah kereta tetapi bukan untuk dipasarkan.

Kereta ini dikenali sebagai Proton Evolusi G yang mana rekaannya berbentuk seperti kereta Lamborghini.

Dikatakan kereta ini juga diubah suai dari model Proton Gen-2 dan menelan kos sebanyak RM8000 sahaja.

Memang menarik dan kreatif. Seperti super car lamborghini. Jom lihat gambar-gambar Proton Evolusi G.

Memang sangat menarik kereta ini. Bahagian hadapannya memang jelas mirip seperti kereta Lamborghini.

Lampu belakang pula ada mirip seperti Proton. Walaupun ia bukanlah kereta untuk tujuan dipasarkan, namun reka bentuknya berjaya menarik perhatian bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...