bagi siapa2 yg tak langgan Mastika bulan Mei 2004
bacalah cerita nie
ingatlah.. marah mcm mana sekalipun
janganlah bertindak keterlaluan
kepada semua parents
sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan pengajaran
sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul
especially pada anak2 yg masih kecil dan tak tau apa2 lagi tu
mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik
sepasang suami isteri - seperti pasangan di kota-kota besar lain
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja
anak tunggal pasangan ini
seorang perempuan berusia tiga setengah tahun
bersendirian di rumah
dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja
bermain di luar
tetapi pintu pagar tetap dikunci
bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya
ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya
suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat
dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya
tetapi kerana diperbuat daripada marmar
lakarannya tidak kelihatan
dicubanya pada kereta baru ayahnya
kerana kereta itu bewarna gelap
lakarannya jelas
apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya
hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan
penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta
dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya
kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah
pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik
si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar
dia juga beristighfar
mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis majikannya
sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu... !"
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?"
herdik si isteri lagi
si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik
dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !"
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu
si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya
terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya
si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan
puas memukul tapak tangan
si ayah memukul pula belakang tangan anaknya
si ibu cuma mendiamkan diri
mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan
pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa
si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya
selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu
pembantu rumah menggendong anak kecil itu membawanya ke bilik
dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar
pembantu rumah memandikan anak kecil itu
sambil menyiram air dia menangis
anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-calar itu terkena air
si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu
si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah
keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak
pembantu rumah mengadu
"Sapukan minyak gamat tu!" balas majikannnya, bapa si anak
pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu
si bapa konon mahu mengajar anaknya
tiga hari berlalu
si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu
tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah
"Ita demam... " jawab pembantunya ringkas
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu
sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya
apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu
masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu majikannnya bahawa suhu badan Ita terlalu panas
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu
sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik
doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius
setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong
kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor
si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu
terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan
si ibu meraung merangkul si anak
dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya
si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan
keluar dari bilik pembedahan
selepas ubat bius yang dikenakan habis
si anak menangis kesakitan
dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih
direnung muka ayah dan ibunya
kemudian ke wajah pembantu rumah
dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis
dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."
katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu
bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya
meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi
6 comments:
cuak gak baca cite ni
~astaghfirullah
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu
-setiap baris ayat diatas menusuk kalbu..mmbuatkan hatiku tidak dapat menahan lagi kesedihan yang menerpa..berlinangan air mataku meniti bulu mataku dan jatuh kepipi..aku teramat sedih..satu sahaja di fikiranku..jikalau keluarga ini ada duit..semestinya ibu dan bapa anak kecil itu tidak mengambil tindakan sedemikian........
duit bukan segala2 nya
tapi bila x de duit..
perkara cmnie pun boleh jadi..
hmmmm... sedeyhh sgtt cite nie..
hopefully sy bkn la dr golongan bapa mcm 2...
mudah mudahan..
sape2 nak share bole share
harap lepas nie x ada lagi 'Ita' yg sama..
Post a Comment