Okey lah, hari nie Cik Nazira baik hati . Dia nak kongsi sikit info pasal perkara-perkara yang boleh merosakkan otak . Apakah itu otak ? Otak ialah sesuatu yang terletak dalam kepala kita yang berfungsi sebagai pusat saraf . Tidak akan didapati di pasar-pasar malam mahu pun pasar raya sekiranya ia rosak . So kalau korang sayangkan otak korang yang genius macam Jimmy Neutron tu , harus bagi la korang untuk baca entry nie sampai habis . Jom !
|
Sayangi Otak Anda |
Tak Sarapan
Orang yang biasa tak sarapan nie selalunya ada kemungkinan akan mengalami masalah kandungan gula yang rendah dalam darah . Bila kandungan gula rendah dalam rendah , nutrient pun susah nak sampai ke otak dan menyebabkan otak tak berapa nak berfungsi dengan baik . So , better la korang sarapan la . Even sikit pun tak apa kalau tak sempat .
Terlebih Makan
Kalau tadi tu tak sarapan , nie pasal terlebih makan pulak ! Bila korang dah terlebih makan , korang dah menyusahkan arteri dalam otak korang *berkata-kata bagaikan cikgu Biology* . Sebab tu la 'mental power' tu boleh jadi berkurang dan berkurang lagi .
Merokok
Ini yang aku paling pantang sekali . Kalau korang nie smokers , aku nak tanya jugak . Apa yang seronoknya makan asap tu yea ? Boleh nampak cool ? Haha ! Untuk pengetahuan korang , bila korang merokok , otak akan jadi semakin mengecut . Dan pastinya kemungkinan untuk menghidap Alzheimer adalah tinggi . Err.. Nak tak ?
Pengambilan Gula Berlebihan
Yang nie memang biasa berlaku la . Tak dinafikan aku pun suka jugak manis-manis nie . Hoho ! Tapi kalau gula berlebihan dalam badan , penyerapan protein dengan nutrient tu akan terganggu . Then , badan boleh mengalami kekurangan zat . Bila dah kekurangan zat , perkembangan otak jugak mesti la terganggu jugak . So , dah boleh agak-agak jugak la kan kalau nak ambil gula tu ?
Pencemaran Udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan kita . Kalau kita sedut udara yang tercemar , oksigen mesti la kurang jugak kan ? Kesannya otak kita kekurangan oksigen . Seterusnya , of course , otak kita tak boleh nak bekerja dengan baik .
Kurang Tidur
Tidur memang tersangat penting untuk merehatkan otak . Bila tak cukup tidur dalam jangka masa yang lama , sel-sel otak akan mati . Tapi terlebih tidur pun tak boleh jugak okey !
Pakai 'Headcover' Masa Tidur
Bunyi macam pelik kan ? Aku pun tak pernah buat ! Haha . Tapi korang tau tak yang tidur pakai penutup kepala nie cuma menaikkan kepekatan karbon dioksida dan mengurangkan kepekatan oksigen dalam otak ? So dengan sesenang-senangnya la otak korang tu boleh KO .
Bekerja atau Belajar Masa Sakit
Dulu aku selalu buat macam nie *ecehh* . Rajin kan aku ? Sakit-sakit pun nak belajar . Tapi korang tak payah la ngada-ngada time sakit-sakit pun nak study or pergi kerja jugak . Benda tu cuma akan buat otak korang semakin kurang efektif , mungkin jugak boleh rosak . Nak MC !
Kurang Rangsangan Untuk Berfikir
Aku tak tahu kenapa , tapi otak aku nie selalu sangat berfikir . Tak pernah berhenti berfikir . Tak kira la kat mana-mana pun . Mesti ada persoalan dalam otak aku bila ternampak sesuatu yang menarik . Berfikir nie sebenarnya cara terbaik untuk melatih otak kita , so dia taklah nanti asyik jadi kecut aje kan ?
Dan ketahuilah jugak bahawa dengan memakan otak-otak tidak semestinya menyumbang kepada otak yang sihat .
|
ini otak |
|
ini otak-otak |