31 March 2011

. : Fenomena Simbol Pelik ?



Korang dah tau pasal nie ?











Macam-macam rumors aku dah baca . I just like.. wudehell ?! Ada yang cakap tiba-tiba simbol tu keluar kat lappy skrin selama 5 saat lepas tu hilang . Ada yang dapat dalam inbox handphone tapi tiba-tiba mesej tu hilang jugak . TV pun ada , tapi aku tak tau la sebab aku jarang tengok TV . Kat tempat pelik-pelik banyak la benda-benda gini , stone hedge ke hape . Aku lufe plak .Tak kurang jugak yang keluar kat newspaper hari nie :














Gimik apa nie semua ? Dari research yang aku buat tadi , mungkin ada beberapa sebab :



  • April Fool semata-mata .
  • Ramalan tentang Bio War yang akan meletus pada 11 September 2011 (seperti yang kononnya diramal oleh mamat Illuminati nie)
  • Petanda alien sukakan Malaysia (ala-ala cerita Battle of Los Angeles tu) .
  • Teknik marketing untuk filem hebat tahun ini , The Infection . Mungkin ?
  • Photoshop saje-saje . Bagi takut .









Dialog hantu Kak Limah:


  1. Ni mesti kaki DVD ni .
  2. Nampak sangat menipu .


P/S : Aku baru layan movie World Invasion : Battle Los Angeles . Terbaik ouh !



20 March 2011

. : Selebriti Hollywood - Sebelum dan Selepas Kena Photoshop




*Ouhh ya, sila picit gambar untuk kalau mata tak berapa nak nampak . 



ADRIANA LIMA



ALICIA SILVERSTONE



ALYSSA MILANO



ASHLEE SIMPSON



BEYONCE KNOWLES



BRITNEY SPEARS



BRITTANY MURPHY



CHARLIZE THERON



CHRISTINA RICCI



EMMA WATSON



FERGIE



GEMMA ATKINSON



GEORGE CLOONEY



HEIDI KLUM



JESSICA BIEL



KATE MOSS



KATE WINSLET



KRISTEN STEWART



LINDSAY LOHAN



MEGAN FOX



PAMELA ANDERSON



PENELOPE CRUZ



SCARLET JOHANSON



SHAKIRA



P/S : Aha , tak edit pun cantik jugak kan ? Nobody's perfect laa :)



15 March 2011

. : Kalaulah Binatang Ada Facebook . .



Kalau binatang ada Facebook , agak-agak macam nie kot update binatang tersebut kat STATUS yang macam korang selalu post tu ?







CICAK : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih .



NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi.. kenyang . Burp ! Alhamdulillah .



AEDES : Baru jer selamat bagi injekan maut , yeah!!



AYAM : Tidak !! Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembelih !!! 



CICAK : Isteriku tersepit pintu .



KUCING BETINA : Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya . I bingung nak jawab apa . I sendiri lupa bapaknya siapa .



AYAM : Kawan-kawan.. kalu esok guwe tak update.. bererti guwe udah di goreng.. I luv u all.. jangan lupa buat kenduri arwah untuk I yaa !



NYAMUK : Siot , sekali drug addict gua hantam daa . Gua positif HIV AIDS.. uwaaa !!



CICAK : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap.. baru beli videocam baru .



KUCING : Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb !! 



TIKUS : Operasi malam ni.. selongkar kitchen cabinet.. sape nak ikot ?



KATAK : Malam ni nk wat konsert la.. dah lama tak hujan ni.. hangat oii..



ULAR : Rasa macam nk makan lauk telo la malam ni.. mana nk cari erk ?



ANJING : Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam . Nak tido pun tak senang . Hanjeng punya orang.



KUDA : Patah kaki . Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar , sekarang rehat kat kandang .



KURA-KURA : Aku sakit hati bila bini aku berjalan . Lembab mcm siput babi .




SIPUT BABI : Aku sakit hati bila bini aku bergerak . Lembab mcm kura-kura .



GAGAK : Tadi jumpa ayam KFC . Jangan jeles !



BURUNG KAKAK TUA : Penat betul nk ubah stigma masyarakat . Walaupun aku Burung Kakak Tua , tapi aku burung Jantan !!



BABI HUTAN : Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni .



KERA : Semalam GF aku bagi bunga . Sedap jugak kunyah .



TIKUS : Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9 . Meh la join sekali .



LALAT : Asyik hurung bangkai je . Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus .



SOTONG : Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut .



KUCING : Petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala-ala pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan Kak Lela Majnun..



LIPAS : Merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkan . Gerun tengok member aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak . Eee.. seram nyeee !!



ITIK SERATI : Hahahaha ! Lawak-lawak ! Ayam serama tu ade hati jalan tersengguk-sengguk.. nak tiru aku ler tu.. LOL !!



IKAN LAGA : Boring sey , duduk sorang-sorang dalam tanki ni .



IKAN PARANG : Kurang asam punya manusia , letak gambar aku kat depan bekas keropok..



IKAN JERUNG : Kenapa tak ada sorang pun nak add/approve aku :-(



IKAN SEPAT : Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam . Al Fatihah .



IKAN BILIS : Wah ramainya kawan kita . Tahniah Remy , ko kawan aku yang ke 5000 .



IKAN AROWANA : Cantik tak sisik I ? Cantik kan ?



IKAN MAS KOKI : Macam mana nak kurus nie ?








12 March 2011

. : I am Maru - The Strangest Cat On Earth






Hello ! I am Maru from Japan .
My speacialty is the tendency to dive head first into cardboard boxes .
Just sit back and relax .
Watch and enjoy the video .






P/S : Maru, we are so sorry about your homeland . Keep safe !



11 March 2011

. : Melda Ahmad - Kimia







Specially dedicated for him .
I love you .



09 March 2011

. : Cara Terbaik Bersihkan Buah Pinggang Kurang Dari RM3





Tahun demi dah tahun berlalu dan buah pinggang kita masih lagi menapis darah dengan membuang garam , racun , dan segala benda-benda yang tak diperlukan yang masuk dalam badan kita . Lepas tu apa jadi ? Semakin lama , garam semakin banyak terkumpul dan pastinya buah pinggang kita jugak memerlukan rawatan untuk dibersihkan . Betol tak ?


Tapi macam mana nak buat ?


Ouhh , itu sangat senang ! Pertama sekali , ambil seikat daun parsley lepas tu korang basuh bersih-bersih.




Langkah seterusnya , potong daun tu kecik-kecik dan masukkan dalam periuk . Tuangkan air yang bersih ke dalam periuk tu dan rebus selama 10 minit . Biarkan air rebusan tu sejuk dulu lepas tu baru masukkan air tu ke dalam botol yang bersih . Simpan air tu dalam peti sejuk dan minum segelas satu hari . Korang akan dapati semua garam dan racun yang terkumpul keluar dari buah pinggang korang masa korang urinate . Korang jugak boleh rasa perbezaan yang korang tak pernah rasa sebelum nie . Daun parsley adalah cara terbaik untuk rawatan pembersihan buah pinggang dan yang paling penting sekali ia sangat semulajadi ! Tak payah keluar banyak kos pun , kan ?


Ha , jangan lupa share kat kawan-kawan yang lain pulak yea !




P/S : Pada yang tak tau , daun parsley nie ialah daun sup yea . Ia bukanlah daun saderi yang menjadi kegemaran Wonderpet itu .



08 March 2011

. : Tips Elakkan Mengantuk




Memang ramai orang mengantuk bila berada dalam kelas @ kuliah kan ? Aku tersangatlah yakin yang diorang nie bukan sengaja nak tidur tapi entahlah ! Memang kita senang nak tertidur dalam kelas .




Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang dipelajari tu susah nak faham dan membosankan . Bagaimana untuk mengelakkan keadaan ini berlaku ? Aku pun taklah layak sangat nak cakap bab nie sebab aku pun pernah jugak tertidur dalam kelas Calculus dulu . Hampir-hampir je aku nak jatuh dari kerusi depan lecturer . Nasib baik aku pandai cover . Phew ! Ini serius okey ! Aku bukannya tak cukup tidur , nak kata aku malas pun tak cuma aku rasa kelas tu senyap gila . Terutamanya subjek yang susah sangat nak faham dan bosan . Okeylah , kali nie aku nak bagi tips sikit macam mana nak hilangkan mengantuk :




Beli Gula-gula Getah

Kalau nak beli tu , biarlah dengan kuantiti yang mencukupi yer ? Bila lecture start aje , makan sekaligus 2 biji gula getah serentak . Apabila mulut aktif mengunyah , kita akan susah mengantuk . Nak tau berkesan ke tak ? Korang cubalah sendiri !



Air Masak

Rajin-rajinkan diri bawa air masak pergi kelas . Otak kita nie 80% air . Kita rasa mengantuk sebab kurang oksigen yang sampai ke otak , walaupun hidung kita tak berhenti-henti bernafas . Bila minum air , bendalir badan kembali seimbang . Ini akan mengurangkan rasa mengantuk . Cuba korang tengok , orang cina rajin bawa air kan ? Orang melayu ni aku tengok susah sangat . Kunun-kunun nyer tak macho/cantik la kan kalau bawa air ? Dah dah ! Jangan malu . Beli botol air yang cantik , letak dalam beg . Okey ?



Basuh Muka

Bila mengantuk dalam kelas tapi korang dah susah payah nak tahan dan gagal pulak tu , maka sila keluar dari kelas dengan segera . Ini bukanlah kerana aku nak suruh korang balik rumah untuk tidur , tapi untuk pergi ke tandas dan basuh muka . InsyaAllah dah tak mengantuk lagi lepas ni .



Urutan

Kalau mengantuk lagi selepas melakukan ketiga-tiga perkara di atas , suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang korang . Tapi pastikan korang sama jantina kalau tak nak ditempeleng oleh lecturer korang pada masa tu jugak . Ingat , jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan korang tidur dengan lebih lena lagi . 




Cukuplah 4 tips ! Simple aje kan ? Bawak chewing gum , air , basuh muka ataupun kalau dah miskin dan papa kedana sangat , mintak kawan urutkan . Okey , selamat mencuba yaw !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...