08 March 2011

. : Tips Elakkan Mengantuk




Memang ramai orang mengantuk bila berada dalam kelas @ kuliah kan ? Aku tersangatlah yakin yang diorang nie bukan sengaja nak tidur tapi entahlah ! Memang kita senang nak tertidur dalam kelas .




Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang dipelajari tu susah nak faham dan membosankan . Bagaimana untuk mengelakkan keadaan ini berlaku ? Aku pun taklah layak sangat nak cakap bab nie sebab aku pun pernah jugak tertidur dalam kelas Calculus dulu . Hampir-hampir je aku nak jatuh dari kerusi depan lecturer . Nasib baik aku pandai cover . Phew ! Ini serius okey ! Aku bukannya tak cukup tidur , nak kata aku malas pun tak cuma aku rasa kelas tu senyap gila . Terutamanya subjek yang susah sangat nak faham dan bosan . Okeylah , kali nie aku nak bagi tips sikit macam mana nak hilangkan mengantuk :




Beli Gula-gula Getah

Kalau nak beli tu , biarlah dengan kuantiti yang mencukupi yer ? Bila lecture start aje , makan sekaligus 2 biji gula getah serentak . Apabila mulut aktif mengunyah , kita akan susah mengantuk . Nak tau berkesan ke tak ? Korang cubalah sendiri !



Air Masak

Rajin-rajinkan diri bawa air masak pergi kelas . Otak kita nie 80% air . Kita rasa mengantuk sebab kurang oksigen yang sampai ke otak , walaupun hidung kita tak berhenti-henti bernafas . Bila minum air , bendalir badan kembali seimbang . Ini akan mengurangkan rasa mengantuk . Cuba korang tengok , orang cina rajin bawa air kan ? Orang melayu ni aku tengok susah sangat . Kunun-kunun nyer tak macho/cantik la kan kalau bawa air ? Dah dah ! Jangan malu . Beli botol air yang cantik , letak dalam beg . Okey ?



Basuh Muka

Bila mengantuk dalam kelas tapi korang dah susah payah nak tahan dan gagal pulak tu , maka sila keluar dari kelas dengan segera . Ini bukanlah kerana aku nak suruh korang balik rumah untuk tidur , tapi untuk pergi ke tandas dan basuh muka . InsyaAllah dah tak mengantuk lagi lepas ni .



Urutan

Kalau mengantuk lagi selepas melakukan ketiga-tiga perkara di atas , suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang korang . Tapi pastikan korang sama jantina kalau tak nak ditempeleng oleh lecturer korang pada masa tu jugak . Ingat , jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan korang tidur dengan lebih lena lagi . 




Cukuplah 4 tips ! Simple aje kan ? Bawak chewing gum , air , basuh muka ataupun kalau dah miskin dan papa kedana sangat , mintak kawan urutkan . Okey , selamat mencuba yaw !



2 comments:

Heidi Shafiq said...

ade awek sexy duduk sebelah baru bleh hilang mengantuk aku.. haha..

NURUL NAZIRA said...

haha ! dalam kelas takley sexy2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...