28 April 2011

. : Tuan , Bukan Saya Yang Buat Laa : (






Di suatu petang yang nyaman , sedang saya syok-syok tidur , tiba-tiba saya terasa ada sesuatu melompat di atas kepala saya ..




Kemudian , benda tu bergerak ke badan .




Rasa macam kena patuk kat perut . Takkan kutu kot ?




Bila toleh , rupanya Si Ijou . Burung kecik yang tuan saya beli semalam .




Saya suruh Si Ijou pergi main jauh-jauh . Saya tak mau kawan dengan dia . Lagipun saya mengantuk giler nie .




Tapi dia tak mau dan masih patuk-patuk saya .




Lepas tu masih nak naik atas badan saya . Berat jugak Si Ijou nie .




Tak lama kemudian , saya dengar dia patuk benda lain pulak . Rupanya mengerjakan handphone tuan saya .




Saya pun jerit , "Oi ! Rosak nanti . Tuan marahlah ."




Dia melawan pulak tu .




Masa saya nak luku kepala dia sedas , tuan saya lalu pulak .




Akibatnya saya dihukum tanpa dipanggil untuk membela diri .




Oh ! Di manakah keadilan ? Bukan saya yang buat tuan ..




26 April 2011

. : Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut !





Sejak akhir-akhir ini terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya . Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar .


Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih . Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan .








New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru , melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku . Penyelidik mendapati , satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku , adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer .


Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat . Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan .


Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki .


Ketua penyelidik , Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari . Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan .


Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi , sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapal terbang , seperti disiarkan oleh AFP .







DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki . Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung , paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada , sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar .


Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori , Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki , tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru .






Mengapa pulmonari embolisme terjadi ?


Manusia memiliki sepasang paru-paru . Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung . Dalam paru-paru , darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme . 


Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh . Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung . Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru , di situ sekatan mungkin boleh berlaku .


Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan . Kerap kali , darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru .


Simptom :

  1. Cepat penat .
  2. Mengah .
  3. Sakit dada .
  4. Denyutan nadi laju .
  5. Lemah di bahagian kaki .
  6. Kurang selera makan .
  7. Batuk .
  8. Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif .


Cegahan :

  1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis) . Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung .
  2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki .
  3. Elakkan meminum ais .
  4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk .
  5. Sentiasa meminum air panas .
  6. Amalkan bersenam .


Rawatan :


Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin . Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru .


Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa , biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya) .





22 April 2011

. : Andainya Lelaki Tahu . .




Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.


Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.


Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.


Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.



Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak-anak anda.


credit to : MY Baby Store









21 April 2011

. : Doakan Saya Tau !




Erk , final exam suda ?

Sila kelik .



WISH ME LUCK :)




19 April 2011

. : Ladybird Oh Ladybird !




Urgh ! Dem , dem , dem . Yeah freaking busy laa minggu nie . Barulah aku tau 'keunggulan' Art and Design nie . Haha ! Tapi busy macam mana pun tangan aku nie gatal jugak nak update blog . Dah lah drawings tak siap lagi nie -__- .


Tapi macam mana pun kos nie punya busy , aku tetap suka ! Masa nie lah nak tengok semua artwork dan kreativiti aku dan kawan-kawan aku . Ops , tak lama lagi cuti semester yeah *yahoo!* . Kerinduan terhadap mama dengan ayah semakin tak boleh dinafikan lagi . Entri kali nie aku nak citer pasal salah satu project aku , Form Project . Masa nie la aku rasa otak aku terpaksa berkerja secara hebat ! *erk, taklah hebat mana* .


Well , korang tau kan suatu spesies binatang atau serangga nie yang dinamakan Ladybird ? 






Pada sape-sape yang tak tau tuu , ha nie laa Ladybird:








Eh , nie hantu Kak Limah laa ! HAHA !







Okay okay . Serius .


Cumil aje kan Ladybird nie ? :3


Nak dijadikan cerita la kan.. last few weeks , aku dapat task untuk ubah bentuk Ladybird nie jadi macam-macam bentuk untuk aku jadikan sculpture . Hah ? MACAM-MACAM BENTUK YANG PELIK dengan syarat masih ada nampak ciri-ciri Ladybird . Serious shit ! Takkanlah aku sanggup ubah Ladybird yang cumil nie jadi bentuk yang pelik ? Kalau aku nak lukis yang macam nie jugak , bole ? 




Tapi setelah bermain pensel selama beberapa jam untuk ideation , inilah hasilnya :














Ape yang aku cuba lukis nie ? Seakan-akan aku cuba mengekalkan kecomelan Ladybird tersebut .


Last-last , lecturer aku proceed yang nie untuk idea development :





APE KE BENDA NIE ?! HAHAHA .



Aku pulak yang takut tengok .



08 April 2011

. : Contest : Pic Paling Sempoi







Dah lama rasanya aku tak join contest kan ? Tiba-tiba je hari nie aku terasa rajin setelah terpandangkan blog akak sempoi yang sorang nieh . Tajuk contest ? Harus la adalah seperti yang tertera di atas . Setelah aku godek-godek lappy , aku teringat pulak gambar photoshoot kat Terengganu Equesterian Resort hari tu bersama bestie aku , Shera Aziz . Tapi apa makna sempoi yea ? Simple kah ? Haha . Apa-apa je laa !






Eh nie bukan sempoi ! Nie bajet model international . HAHA . Padahal sebagai photographer saje pada hari tu . Sorry kak ! Saya tak ada gambar dengan pokok pisang :D


Ouh okay , one more . Gambar nie dirasakan sempoi sebab telah di'snap' sewenang-wenangnya oleh Shera Aziz secara candid . Kalau tak candid kompem la aku da bajet ayu je time gini kan . Tapi kalau bajet ayu pun , memang tak menang kot . Ahaks !


Nak tag :



Korang nak join jugak ? Klik kat SINI yea .


WISH ME LUCK ! :P


07 April 2011

. : Jom Tengok Keajaiban Air !




Air boleh dipengaruhi oleh kata-kata kita ? Seorang saintis Jepun , Dr. Masaru Emoto percayakan ini dan dia ada bukti .



Nie la rupa Dr. Emoto tersebut .



Dr. Emoto telah mengambil beberapa titisan air dan membiarkan titisan-titisan air tersebut terdedah kepada berbagai jenis perkataan , muzik dan persekitaran dan seterusnya membekukan titisan air tersebut selama tiga jam . Beliau mendapati kristal telah terbentuk di bawah mikroskop dan beliau telah mengambil beberapa keping gambar .


Hasilnya ? Sangat menakjubkan .




Ini adalah gambar air biasa tanpa sebarang ucapan doa dibacakan ke atasnya . Struktur molekulnya nampak macam kucar-kacir je kan ?




Yang nie pulak lepas dibacakan doa . Serius cantik ! Inilah antara sebab kita digalakkan baca doa dulu sebelum makan . Okay , next !




Dr. Emoto juga telah mendedahkan titisan air tersebut kepada muzik Heavy Metal . Inilah rupa air tersebut . Nampak serabut + sedih *kalau ikut pendapat aku laa* .






Yang kat atas nie pulak gambar air yang didedahkan dengan muzik klasik dan muzik 'Folk Dance' . Nampak macam lebih elok sikit daripada yang tadi kan ?




Dr. Emoto cuma meletakkan sehelai kertas yang bertulis : " You make me sick . I will kill you . " Inilah rupa air tesebut bila dilihat di bawah mikroskop .




Yang nie bila diletakkan perkataan 'Love' pulak . Perbezaan yang sangat menarik !




Yang nie pulak gambar air tercemar . .



Molekul air dari Lourdes , France . Huh ! Tak tergambar dengan kata-kata cantiknya kan ?



EH , tunggu kejap ! Bukan ke badan kita nie terdiri daripada air ? Yea ! 72% daripada badan kita terdiri daripada air . Cuba bayangkan macam mana kata-kata mempengaruhi badan kita . Bila kita kata , "Aku cuma seorang yang gagal" , atau "Aku dah tak ada harapan" , atau "Aku tak akan sembuh" . Jadi , bayangkan la macam mana kata-kata tu melemahkan kesihatan kita ?


Buatlah pilihan dengan selalu mengeluarkan kata-kata yang baik . Katakan , "Aku seorang yang hebat !"


Tapi eksperimen ini bukanlah semata-mata mengenai air .


Dr. Emoto juga menjalankan eksperimen menggunakan nasi yang telah dimasak . Dia telah meletakkan satu cawan nasi di dalam dua buah bekas yang kedap udara . Pada salah satu bekas , dia telah menulis "I love you" dan "You fool" pada salah satunya lagi . Setiap hari selama 30 hari , Dr. Emoto telah mengeluarkan kata-kata yang sama pada setiap bekas tersebut .


Selepas 30 hari , nasi yang bertulis "I love you" pada bekasnya masih berwarna putih manakala yang bertulis "You fool" telah menjadi hitam dan rosak . Err , ada siapa-siapa yang boleh terangkan pasal nie ?





P/S : Masa aku kecik-kecik , mama selalu ajar aku baca doa sebelum makan . Sekarang aku sedar yang baca doa selepas makan pun boleh menyebabkan transformasi terhadap molekul makanan yang yang aku makan . Kesannya rezeki tersebut lebih diberkati . Yap ! Itulah sebabnya jugak kita selalu mengucapkan "Selamat Hari Lahir" atau "Selamat Ulang Tahun" kepada semua orang . So , BE BLESSED everyone ! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...