07 April 2011

. : Jom Tengok Keajaiban Air !




Air boleh dipengaruhi oleh kata-kata kita ? Seorang saintis Jepun , Dr. Masaru Emoto percayakan ini dan dia ada bukti .



Nie la rupa Dr. Emoto tersebut .



Dr. Emoto telah mengambil beberapa titisan air dan membiarkan titisan-titisan air tersebut terdedah kepada berbagai jenis perkataan , muzik dan persekitaran dan seterusnya membekukan titisan air tersebut selama tiga jam . Beliau mendapati kristal telah terbentuk di bawah mikroskop dan beliau telah mengambil beberapa keping gambar .


Hasilnya ? Sangat menakjubkan .




Ini adalah gambar air biasa tanpa sebarang ucapan doa dibacakan ke atasnya . Struktur molekulnya nampak macam kucar-kacir je kan ?




Yang nie pulak lepas dibacakan doa . Serius cantik ! Inilah antara sebab kita digalakkan baca doa dulu sebelum makan . Okay , next !




Dr. Emoto juga telah mendedahkan titisan air tersebut kepada muzik Heavy Metal . Inilah rupa air tersebut . Nampak serabut + sedih *kalau ikut pendapat aku laa* .






Yang kat atas nie pulak gambar air yang didedahkan dengan muzik klasik dan muzik 'Folk Dance' . Nampak macam lebih elok sikit daripada yang tadi kan ?




Dr. Emoto cuma meletakkan sehelai kertas yang bertulis : " You make me sick . I will kill you . " Inilah rupa air tesebut bila dilihat di bawah mikroskop .




Yang nie bila diletakkan perkataan 'Love' pulak . Perbezaan yang sangat menarik !




Yang nie pulak gambar air tercemar . .



Molekul air dari Lourdes , France . Huh ! Tak tergambar dengan kata-kata cantiknya kan ?



EH , tunggu kejap ! Bukan ke badan kita nie terdiri daripada air ? Yea ! 72% daripada badan kita terdiri daripada air . Cuba bayangkan macam mana kata-kata mempengaruhi badan kita . Bila kita kata , "Aku cuma seorang yang gagal" , atau "Aku dah tak ada harapan" , atau "Aku tak akan sembuh" . Jadi , bayangkan la macam mana kata-kata tu melemahkan kesihatan kita ?


Buatlah pilihan dengan selalu mengeluarkan kata-kata yang baik . Katakan , "Aku seorang yang hebat !"


Tapi eksperimen ini bukanlah semata-mata mengenai air .


Dr. Emoto juga menjalankan eksperimen menggunakan nasi yang telah dimasak . Dia telah meletakkan satu cawan nasi di dalam dua buah bekas yang kedap udara . Pada salah satu bekas , dia telah menulis "I love you" dan "You fool" pada salah satunya lagi . Setiap hari selama 30 hari , Dr. Emoto telah mengeluarkan kata-kata yang sama pada setiap bekas tersebut .


Selepas 30 hari , nasi yang bertulis "I love you" pada bekasnya masih berwarna putih manakala yang bertulis "You fool" telah menjadi hitam dan rosak . Err , ada siapa-siapa yang boleh terangkan pasal nie ?





P/S : Masa aku kecik-kecik , mama selalu ajar aku baca doa sebelum makan . Sekarang aku sedar yang baca doa selepas makan pun boleh menyebabkan transformasi terhadap molekul makanan yang yang aku makan . Kesannya rezeki tersebut lebih diberkati . Yap ! Itulah sebabnya jugak kita selalu mengucapkan "Selamat Hari Lahir" atau "Selamat Ulang Tahun" kepada semua orang . So , BE BLESSED everyone ! :)



4 comments:

Unknown said...

meow ~ weh, cmne kaw wt blink2 kuar drpd cursor tu? chumil ;)

NURUL NAZIRA said...

http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2010/08/jadikan-cursor-anda-berkilauan-sparkle.html

meh2 belaja kat sini :D

hans said...

wah.....entry yg menarik..
suka aku baca n tgok gambar dia
eh,yang pasal nasi tu macam mana plak ek??
aneh juga jadi hitam tu

P/S : Kepada Blogger - Blogger Sekalian...Saya Nak Minta Tolong Jawab Online Survey Nih... (^_^)Y

NURUL NAZIRA said...

sebab masak nasi pakai air jugak kot.. sebab tu digalakkan baca bismillah sebelum makan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...