Selepas filem Lagenda Budak Setan difilemkan , macam-macam reaksi aku dapat baca kat media . Ada yang positif , ada yang negatif . Personally , aku nampak banyak kelemahan dalam filem tu . Siapa-siapa yang baca novel LBS tu , mesti faham maksud apa yang aku cakap nie . Kan ? Pada aku novel tu masterpiece tau . Bila dah jadi macam tu , rasa macam . . ntah la , tak tau nak cakap macam mana .
Ok lah ! Aku tak nak citer banyak-banyak pasal LBS . Hari nie aku nak cerita pasal novel yang meletup-letup , Ombak Rindu karya Fauziah Ashari yang bakal difilemkan tak lama lagi . Siapa yang pernah baca novel tapi tak nangis , serius korang memang tak ada perasaan laa . Aku yang baca nak masuk tiga kali , tapi atas tahap kesedihan novel ini yang melampau , secara tak sengaja aku terhabiskan sekotak tisu lagi . Hahak .
nie la ghupe novel tersebut |
Menurut kata
picit gambar kalau mata tak berapa nak nampak |
Personally aku rasa Aaron Aziz sesuai bawa watak Hariz , mungkin cerita nie ada sedikit ganas la kot sebab Hariz nie selalu sepak terajang Izzah nie . Tapi ganas-ganas Hariz nie pun , dia penyayang sebenarnya . Maya Karin sebagai Izzah , quite okay la kot . Tapi dalam novel watak Izzah umur dia 20 tahun , Maya Karin nampak macam matang sangat la pulak . Lisa bawa watak Mila ? Tak sabar plak nak tengok sebab watak Mila nie macam gedik , hehe ! Tapi dia tak lah jahat sangat , ada baiknya jugak . Nobody's perfect kan .
Sebenarnya , aku harap sangat Khabir Bhatia yang direct filem nie . Salute giler kat dia ! Hee . Seriously , sangat jatuh cinta dengan jalan ceritanya . Kelebihan novel nie , penceritaan dia sangat-sangat la detail , dan aku pasti tu la antara sebab novel nie meletup . Harap-harap la filem nie tak hampakan peminat . Sebab bila dah difilemkan dia akan jadi tak berapa nak detail , so pengarah pandai-pandai la masukkan scenes yang menarik so tak lah filem jadi meleret-leret segala , erk ? Tapi bila aku dah tau siapa penulis skrip dia , I felt like ; "OMG !"
P/S : Dengar cerita novel nie ada sambungannya , 'Cinta.. Tiada Akhirnya' . Boleh la ramai-ramai cari lepas nie kan ?
4 comments:
MEOWW. XD
seriously ,tak sabar nak nengok.hope cite tu tak kecewakan org yg tak sabar2 nak nengok mcm kte nie.haha
<3 lisa !
jangan jadi macam LBS sudeyhh.. hehe :D
lisa mmg comel <3
waa....bestnyew..serius eh?..suke gler kot novel nih..menusuk kalbu..haha..
serius dong..
novel nie baca banyak kali pun still leleh je air mata.. hee
Post a Comment