10 November 2010

. : Novel Ombak Rindu Bakal Difilemkan



Selepas filem Lagenda Budak Setan difilemkan , macam-macam reaksi aku dapat baca kat media . Ada yang positif , ada yang negatif . Personally , aku nampak banyak kelemahan dalam filem tu . Siapa-siapa yang baca novel LBS tu , mesti faham maksud apa yang aku cakap nie . Kan ? Pada aku novel tu masterpiece tau . Bila dah jadi macam tu , rasa macam . . ntah la , tak tau nak cakap macam mana .



Ok lah ! Aku tak nak citer banyak-banyak pasal LBS . Hari nie aku nak cerita pasal novel yang  meletup-letup , Ombak Rindu karya Fauziah Ashari yang bakal difilemkan tak lama lagi . Siapa yang pernah baca novel tapi tak nangis , serius korang memang tak ada perasaan laa . Aku yang baca nak masuk tiga kali , tapi atas tahap kesedihan novel ini yang melampau , secara tak sengaja aku terhabiskan sekotak tisu lagi . Hahak .


nie la ghupe novel tersebut




Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?



Menurut kata kakakku  Lisa Surihani , pelakon-pelakon yang terlibat adalah seperti berikut :

picit gambar kalau mata tak berapa nak nampak


Personally aku rasa Aaron Aziz sesuai bawa watak Hariz , mungkin cerita nie ada sedikit ganas la kot sebab Hariz nie selalu sepak terajang Izzah nie . Tapi ganas-ganas Hariz nie pun , dia penyayang sebenarnya . Maya Karin sebagai Izzah , quite okay la kot . Tapi dalam novel watak Izzah umur dia 20 tahun , Maya Karin nampak macam matang sangat la pulak . Lisa bawa watak Mila ? Tak sabar plak nak tengok sebab watak Mila nie macam gedik , hehe ! Tapi dia tak lah jahat sangat , ada baiknya jugak . Nobody's perfect kan .





Sebenarnya , aku harap sangat Khabir Bhatia yang direct filem nie . Salute giler kat dia ! Hee . Seriously , sangat jatuh cinta dengan jalan ceritanya . Kelebihan novel nie , penceritaan dia sangat-sangat la detail , dan aku pasti tu la antara sebab novel nie meletup . Harap-harap la filem nie tak hampakan peminat . Sebab bila dah difilemkan dia akan jadi tak berapa nak detail , so pengarah pandai-pandai la masukkan scenes yang menarik so tak lah filem jadi meleret-leret segala , erk ? Tapi bila aku dah tau siapa penulis skrip dia , I felt like ; "OMG !"




P/S : Dengar cerita novel nie ada sambungannya , 'Cinta.. Tiada Akhirnya' . Boleh la ramai-ramai cari lepas nie kan ?


4 comments:

ieya said...

MEOWW. XD
seriously ,tak sabar nak nengok.hope cite tu tak kecewakan org yg tak sabar2 nak nengok mcm kte nie.haha
<3 lisa !

NURUL NAZIRA said...

jangan jadi macam LBS sudeyhh.. hehe :D

lisa mmg comel <3

hanieycahaya said...

waa....bestnyew..serius eh?..suke gler kot novel nih..menusuk kalbu..haha..

NURUL NAZIRA said...

serius dong..
novel nie baca banyak kali pun still leleh je air mata.. hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...